Tuesday, July 10, 2012

Mayc Negeri Yang Diperakui ROY dan KBS

Mayc Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Johor, Negeri Sembilan dan Trengganu.

Bagi negeri-negeri di atas senarai Pengerusi MAYC Negeri adalah seperti berikut:-

Kedah - Sdr Shahrul
Penang - Sdr Jerome
Perak - Sdr Azmi Ismail
WP - Sdri Intandiana
Johor - Sdr Yusof
Negeri Sembilan - Sdr Firdaus
Terengganu - Sdr Hj Abdul Karim

Monday, July 9, 2012

Perkara-perkara Yang Boleh DiBantah

Boleh di Fax Segera dan di poskan kemudiannya 



BANTAHAN TERHADAP

PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA [PPBM0017] MAYC


JAWATANKUASA MAYC KEBANGSAAN                      JK MAYC KEB


SETIAUSAHA AGUNG MAYC KEBANGSAAN                    SUA MAYC


BER: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2012 [MAT12] MAYC KEBANGSAAN
PADA 07/07/2012 HARI SABTU DI BEWAN BESAR PKBM, TINGKAT 1, WISMA BELIA, JALAN SYED PUTRA,50460 KUALA LUMPUR


PERKARA YANG DIBANTAH

PENGANJURAN MAT12 TIDAK MEMATUHI FASAL 14.11, 14.12, 15.2 ; 18.2 PERLEMBAGAAN MAYC


PEMILIHAN JK MAYC KEB MAT12 TIDAK MEMATUHI FASAL 18.2 PERLEMBAGAAN MAYC


·NOTIS MAT12 BERTARIKH 04/06/2012

·LAPORAN TAHUNAN MAYC

· PENYATA KIRA-KIRA TAHUNAN MAYC

TIDAK DIEDARKAN KEPADA SEMUA PERWAKILAN DALAM TEMPOH 30 HARI SEBELUM TARIKH AGM12 DIADAKAN

-  TIDAK MEMATUHI FASAL 15.2 PERLEMBAGAN MAYC

DENGAN SENGAJA TIDAK DIHANTAR/DIMAKLUM OLEH SUA MAYC/JKMAYC KEB KEPADA PARA PERWAKILAN / PENGERUSI / SETIAUSAHA MAYC NEGERI / KAWASAN / KELAB-KELAB GABUNGAN

-  TIDAK MEMATUHI FASAL 15.2 PERLEMBAGAN MAYC

TIDAK MEMATUHI FASAL 14.11 /
14.12 /14.13 PERLEMBAGAN MAYC

SAYA PERWAKILAN MAYC NEGERI / KAWASAN / DARI AHLI
TIDAK DIBENARKAN / DIHALANG MENYERTAI MAT12
OLEH JK MAYC KEB / SUA MAYC


SAYA SESUNGGUHNYA PERCAYA MAT12 DISERTAI / DIHADIRI  OLEH PERWAKILAN YANG TIDAK SAH


SAYA MENYATAKAN JK MAYC KEB/ SUA MAYC TELAH MEMBENARKAN PERWAKILAN YANG TIDAK SAH MENYERTAI AGM12


SAYA ADALAH PENGERUSI MAYC NEGERI





SUA MAYC TIDAK MEMATUHI FASAL 25.6 PERLEMBAGAAN MAYC


FASAL 22.1.9 PERLEMBAGAAN MAYC
-    PENGERUSI MAYC NEGERI ADALAH AHLI JK MAYC KEB.

SAYA MENYATAKAN SEJAK 1/11/2011 SUA MAYC TIDAK MEMATUHI FASAL 25.6 PERLEMBAGAAN MAYC KERANA SUA MAYC TIDAK PERNAH MENGHANTAR NOTIS MESYUARAT [JK MAYC KEB] KEPADA SAYA SEBAGAI AHLI JK MAYC KEB DALAM TEMPOH 14 HARI SEBELUM MESYUARAT.

SUA MAYC TELAH MENAFIKAN HAK SAYA UNTUK MENGHADIRI MESYUARAT JK MAYC KEB MENYEBABKAN SAYA TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SAYA MENURUT FASAL 25 PERLEMBAGAAN MAYC


MOHON DIRUJUK SEKSYEN 13 (G) AKTA 668, SUA DIDAPATI TIDAK LAYAK MEMEGANG JAWATAN

SAYA ADALAH AHLI JAWATANKUASA MAYC NEGERI / MAYC KAWASAN / AHLI KELAB GABUNGAN MAYC

MOHON DIRUJUK SEKSYEN 22 DAN 24  AKTA 668 DAN DIAMBIL TINDAKAN OLEH PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA



SAYA MENYATAKAN SUA MAYC TELAH / SERING MENGELUARKAN SURAT RASMI MAYC DENGAN NIAT UNTUK MENGELIRU / MEMFRAUD  / MISREPRESENTASI / MEMBERIKAN MAKLUMAT PALSU. 

SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN BERIKUT SEBAGAI RUJUKAN



SAYA MENYATAKAN SUA MAYC TELAH MENYALAHGUNAKAN KUASA YANG DIBERIKAN OLEH PERLEMBAGAAN MAYC DAN TELAH GAGAL MELAKSANAKAN TUGASNYA MENURUT FASAL 24.2 PERLEMBAGAN MAYC

SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN BERIKUT SEBAGAI RUJUKAN



SAYA MENYATAKAN SUA MAYC TELAH MEMBEKALKAN MAKLUMAT YANG SALAH DAN PALSU KEPADA PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA

SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN BERIKUT SEBAGAI RUJUKAN

SAYA ADALAH AHLI JAWATANKUASA MAYC NEGERI / MAYC KAWASAN / AHLI KELAB GABUNGAN MAYC



MERUJUK KEPADA FASAL 28 / FASAL 32 / FASAL 38 PERLEMBAGAAN MAYC SAYA MENYATAKAN JK MAYC KEB

TELAH MENYALAHGUNAKAN KUASA / MELAKUKAN MISREPRESENTASI
DENGAN NIAT UNTUK MENGELIRU / MEMFRAUD  /  (MENYEBABKAN) MEMBERIKAN MAKLUMAT PALSU (KEPADA PIHAK LAIN)
.
SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN BERIKUT SEBAGAI RUJUKAN

GARIS PANDUAN DI BAWAH SEKSYEN 18 DAN 26 AKTA 668 &
FASAL 49 DAN 50 PERLEMBAGAN MAYC HENDAKLAH DITELITI BERSAMA


KUASA JK MAYC KEB DI BAWAH FASAL 28 / FASAL 32 / FASAL 38 PERLEMBAGAAN MAYC HENDAKLAH MEMATUHI TUJUAN DAN KUASA MAYC YANG DINYATAKAN DI DALAM FASAL 4 DAN FASAL 5

DAN CARA PERLAKSANAANNYA HENDAKLAH MEMATUHI KEHENDAK SEKSYEN 31 AKTA 668 DAN KEBEBASAN ASASI (BERPERSATUAN, BERSUARA DAN KESAMARATAN) DI BAWAH PERLEMBAGAN PERSEKUTUAN.



JK MAYC KEB  TELAH MELAKUKAAN KESALAHAN DI BAHAGIAN IV AKTA 668 YANG MANA JUGA MELIBATKAN LAIN-LAIN AKTIVIS BELIA DAN PEMILIK PREMIS YANG BONAFIDE TURUT SAMA MELAKUKAN KESALAHAN





MOHON PIHAK PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA MANJALANKAN PENGUATKUASAN DAN PENYIASATAN DI BAHAGIAN IX AKTA 668


JK MAYC KEB TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH AKTA 668 DALAM USAHA DAN GERAKAN YANG TELAH DILAKUKAN DENGAN NIAT DAN SECARA MALAFIDE IAITU :-

1. MENGGANTUNG / MENGAMBIL ALIH PENTADBIRAN MAYC CAWANGAN NEGERI / KAWASAN YANG AKTIF;
2. MELANTIK JAWATANKUASA PENYELARAS MAYC NEGERI SEDANGKAN MAYC NEGERI/KAWASAN TERSEBUT MEMPUNYAI SUATU BARISAN JAWATANKUASA YANG SAH DAN SECARA AKTIF SEDANG MENTADBIR MAYC NEGERI DAN KAWASAN.
3. MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG MAYC NEGERI DAN KAWASAN SEDANGKAN JAWATANKUASA SEDIA ADA JUGA SUDAH/SEDANG MELAKSANAKAN MESYUARAT AGUNG MAYC JUGA.

JK MAYC KEB  DENGAN SENGAJA MELAKUKAN PERKARA TERSEBUT DENGAN  NIAT UNTUK MENGELIRU / MEMFRAUD  / MISREPRESENTASI / (DAN) TELAH MENYEBABKAN MEMBERIKAN MAKLUMAT PALSU.

JK MAYC KEB  TELAH MELANGGAR PERUNTUKAN AKTA 668 DENGAN MEWUJUDKAN CAWANGAN PERTUBUHAN BELIA YANG HARAM DAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG

SECARA KOLEKTIFNYA, JK MAYC KEB  TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH AKTA 668 DARI SEKSYEN 80-90 DAN SEKSYEN 92-94, TERMASUK MENYEBABKAN ORAGANISASI INDUK MAYC JUGA MELAKUKAN KESALAHAN UNDANG-UNDANG


PANDUAN AKTA 668 BAGI MENENTUKAN MANA SATUKAN MAYC NEGERI/ KAWASAN ATAU AHLI KELAB YANG SAH












MOHON PIHAK PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA MENGAMBIL PENDEKATAN YANG DINYATAKAN DI DALAM AKTA 668


JK MAYC KEB / SUA MAYC
TELAH GAGAL MEMAHAMI DAN/ATAU MEMATUHI PERUNTUKAN MENGENAI PROSIDING DI BAWAH  SEKSYEN 96-97 AKTA 668 – SUATU PROSIDING TENTANG ANGAPAN / ANGGAPAN MENGENAI KEANGGOTAAN.

1.WALAUPUN JK MAYC KEB, “MENCIPTA” - MAYC NEGERI DAN MAYC KAWASANNYA SENDIRI- DENGAN TUJUAN UNTUK MENAFIKANAPA YANG SUDAH SEDIA ADA DAN WUJUD – SEKSYEN 96 AKTA 668 – JELAS MENYATAKAN – MAYC NEGERI DAN KAWASAN “YANG ORIGINAL” DIANGGAP OLEH UNDANG-UNDANG SEBAGAI ENTITI YANG SAH DAN JIKA JK MAYC KEB MENYATAKAN ENTITI “ORIGINAL” ITU TIDAK SAH – JK MAYC KEB HENDAKLAH MEMBERIKAN BEBAN BUKTI TERSEBUT.

2. DEMIKIAN JUGA GARIS PANDUAN YANG DIPAKAI TERHADAP KELAB GABUNGAN MAYC YANG TELAH SEDIA LAMA MENJADI AHLI MAYC

SEKIRANYA TELAH SEDIA DIKETAHUI UMUM ATAU DENGAN APAJUA REKOD, MAKLUMAT DAN DOKUMENTASI YANG JELAS MENUNJUKAN IANYA ADALAH AHLI MAYC, HENDAKLAH TERUS DIANGGAP SEBAGAI AHLI SEHINGGALAH JK MAYC KEB MEMBERIKAN BEBAN BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA AHLI ITU BUKAN LAGI AHLI MAYC YANG SAH.

JIKA JK MAYC KEB KEPUTUSAN SECARA SESUKA HATI IANYA JELAS MELANGGAR TATACARA YANG DIPERUNTUKAN OLEH AKTA 66B DAN JELAS IANYA MELANGAR UNDANG-UNDANG.


AHLI MAYC MESTI MENGIKUT KEHENDAK FASAL 7 PERLEMBAGAN MAYC


JK MAYC KEB HENDAKLAH MEMATUHI PREOSEDUR KEAHLIAN MAYC SEPERTI YANG DIPERUNTUKKAN DI DALAM PERLEMBAGAN MAYC:-

1. MESTILAH DISOKONG OLEH MAYC KAWASAN
2. MESTILAH MENDAPAT SOKONGAN MAYC NEGERI

MAYC KAWASAN DAN MAYC NEGERI ITU MESTILAH MAYC “YANG ORIGINAL” SEPERTI GARIS PANDUAN AKTA 668; DAN BUKANNYA MAYC NEGERI KAWASAN YANG “HARAM – CIPTAAN JK MAYC KEB

KELAB GABUNGAN MAYC YANG TIDAK DISOKONG OLEH MAYC KAWASAN DAN MAYC NEGERI YANG ORIGINAL
- BUKANLAH AHLI MAYC MENURUT FASAL 7
DAN SEKIRANYA HADIR KE AGM12, IANYA AKAN MENJADI PERWAKILAN YANG HARAM.


FASAL 18 PEMILIHAN JAWATANKUASA


JK MAYC KEB DAN SUA MAYC – TIDAK MEMBERIKAN KERJASAMA UNTUK MEMBOLEHKAN PENCALONAN YANG DI BUAT OLEH MAYC NEGERI …………………..  DAPAT SAMPAI DENGAN SEMPURNA MENURUT FASAL 18.2

JK MAYC KEB DAN SUA MAYC – TIDAK MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA PIHAK KBS DAN ROY SEBAGAI ALTERNATIF UNTUK  MEMBOLEHKAN PENCALONAN YANG DI BUAT OLEH MAYC NEGERI ……………………………….  DAPAT SAMPAI DENGAN SEMPURNA MENURUT FASAL 18.2

MAYC NEGERI KEDAH, PULAU PINANG, PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN, NEGERI SEMBILAN DAN TERENGGANU
- TELAH MEMATUHI FASAL 18.4 –

IAITU MELAKSANAKAN AGM DI PERINGKAT NEGERI DAN TELAH MEMBUAT PENCALONAN SEMASA AGM TERSEBUT.

SEKIRANYA JK MAYC KEB DAN SUA MAYC TIDAK MENERIMA SENARAI PENCALONAN YANG DIBUAT OLEH MAYC NEGERI KEDAH, PULAU PINANG, PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN, NEGERI SEMBILAN DAN TERENGGANU

FASAL 15.3.5 JIKA DIJALANKAN/DILAKSANAKAN PADA AGM12
-  PEMILIHAN JK MAYC KEB MAT12 AKAN MENJADI TIDAK SAH.

Mayc Sudah Mati [Bahagian 4]

5. Episod Jatuh, Bangun, Jatuh dan MAYC Bangkit! [Chapter 2]

7 Julai 2010 – 7.7.10 [CERITERA 77]

Akhirnya, pada 7.7.2010 Pendaftar Pertubuhan Belia membuat keputusan bahawa Jawatankuasa Penaja (JKP) MAYC Kebangsaan (dibentuk pada 2008) oleh Presiden MAYC Kebangsaan  (dipilih pada AGM 26/12/2005). Pembentukan JKP tersebut juga direstui semua  tidak sah wujud (sejak dibentuk) dan mengesahkan bahawa Jawatankuasa MAYC Kebangsaan (dipilih AGM 26/12/2005) sah layak menganjurkan AGM MAYC Kebangsaan. 

7.7.10 - Pada tarikh inilah meletusnya kemelut kepemimpinan MAYC. Majoriti barisan kepemimpinan Jawatankuasa Penaja MAYC Kebangsaan yang juga adalah pemimpin belia MAYC Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, (juga) Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, (juga) Kelantan dan (juga) Perlis (merujuk kepada MAYC Kawasan Arau), termasuk beberapa individu pemimpin MAYC di Melaka dan Pahang, secara berasingan dan/atau bersesama  mempertikaikan keputusan Pendaftar Pertubuhan Belia yang dilihat bias serta tidak sah. 


Sebagai nota: Tiada sebarang rujukan kepada ahli Undang-undang, pada masa yang material, membuat penilaian Undang-undang [legal test] ke atas keputusan tersebut.

Kemelut ini membawa kepada pertemuan antara pimpinan utama MAYC Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, (juga) Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu. Tidak kiralah pertemua tersebut secara serentak di suatu lokasi atau secara virtual di Internet mahupun secara telekomunikasi. Padangan dan pendapat dikongsi dan diribut-akalkan (brainstormed). 

31 Julai 2010 – AGM 7-31

Kumpulan Belia MAYC Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, (juga) Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu menjayakan AGM MAYC Kebangsaan.


26 September 2010 – AGM 9-26 [KISAH AGM26 – CHAPTER 2]

Tuan Besar dan sekutunya yang dipelopori oleh Sang Tuan berjaya juga menundukkan harimau-harimau muda yang lapar untuk dijadikan tunggangannya. Dengan suapan daging merah yang masih berbau darah mengalir disambar terus oleh harimau-harimau muda yang kelaparan itu demi survival hidup masing-masing.

6. Episod Jatuh, Bangun, Jatuh dan MAYC Bangkit! [Chapter 3]


18 Ogos 2010 [8-18 mati]

AGM 7-31 dibantah oleh Geng AGM 9-26. ROY buat keputusan dan membatalkan AGM 7-31

10 Januari 2011 [1-10 mati]

AGM 9-26 dibantah oleh Geng AGM 7-31. ROY buat keputusan dan membatalkan AGM 9-26

11 Januari 2011 Hingga 31 Oktober 2011

9++ bulan MAYC Kebangsaan menjadi “lang mensi lang, kui mensi kui”

1 November 2011 [11-1 hidup semula]

Solusi untuk MAYC Kebangsaan akhirnya diputuskan oleh YB Menteri Belia dan Sukan. AGM 9-26 diisytiharkan sah dengan syarat JK MAYC Kebangsaan 9-26 hendaklah [dengan semangat penyatuan mayc] melaksanakan AGM MAYC [untuk memilih JK MAYC Kebangsaan] selewat-lewatnya 31 Mac 2012. Kegagalan mematuhi syarat tersebut, wujudtubuh MAYC akan dibatalkan pendaftarannya.

JK MAYC Kebangsaan merayu untuk untuk melanjutkan tempoh tersebut.

YB menerima rayuan JK MAYC Kebangsaan untuk melanjutkan tempoh tersebut dan secara finale-nya menetapkan tarikh akhir 7.7.2012 untuk dilaksanakan AGM MAYC Kebangsaan bagi memilih JK MAYC Kebangsaan yang baru.  

7 Julai 2012 – 7.7.2012 [CERITERA 77]

Mesyuarat Agung MAYC Kebangsaan Tahunan 2012.

7. Bangkitlah MAYC dengan Semangat BERSATU MAJU

Demikianlah Ceritera 77.

Mayc Sudah Mati? [Bahagian 3]

3. Menuju 2005 dan pascanya – MAYC adalah Belia Tua (Belia-wa)

Mana Remaja MAYC? Mana ahli yang usianya belia?

Kelab-kelab Belia yang bergabung dengan MAYC hampir semuanya dipimpin oleh “belia” yang anaknya pun sudah mencecah hujung umur belia. Pemimpin-pemimpin “kelab belia” tersebut juga sudah menimang cucu. 

Mana individu yang benar belia? Tersangat minim jika ada pun. Golongan remaja langsung tak kelihatan sebagai pemimpin. Pemimpin MAYC di peringkat Negeri hanya yang hakikinya beberapa kerat. Itu pun bukan belia. 

MAYC Kawasan menjadi hantu atau zombie? 

Di peringkat Kawasan pun begitu. Banyak juga MAYC Kawasan yang sudah dikuburkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Jawatankuasa MAYC Kebangsaan semuanya berasa gah dengan jawatan masing-masing. 

Kelab Gabungan MAYC Mati Tanpa Kubur dan Batu Nisan

Secara jujur seorang Menteri Belia dan Sukan bertanya kepada Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan. MAYCini masih ada kelab gabungan lagi kah?

Kapal MAYC Sudah Karam, Nakhoda MAYC Menaiki Kapal Terbang

Majoriti kepimpinan MAYC itu juga pemimpin atasan dalam Parti Politik dan juga bergelar Yang Berhormat. Nakhodanya hebat-hebat belaka, malah ramai juga yang kaya berharta. Akan tetapi mereka bukan berlayar di kapal MAYC. Mereka semuanya menaiki kapal terbang. 

Kapal MAYC mereka tambatkan di pelabuhan dan ditinggalkan. Kapal MAYC itu telah pun reput. Ada yang separuh tenggelam dan banyak sangat yang telah karam di lautan.

4. Episod Jatuh, Bangun, Jatuh dan MAYC Bangkit! [Chapter 1]

26 Disember 2005 – AGM 12-26 [KISAH AGM26 – CHAPTER 1]

Kemelut kepemimpinan MAYC pada tahun 2010 berbangkit setelah berlaku KEGAGALAN Jawatankuasa MAYC Kebangsaan yang dipilih sejak 26 Disember 2005 [JK MAYC 26/12/05] menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan.

Sekitar tahun 2006

Berlakunya proses perundangan di dalam ehwal pendaftaran pertubuhan belia iaitu proses gubal, bentang dan meluluskan Akta Pembangunan Belia dan Pendaftaran Pertubuhan Belia (Akta 668) oleh Parlimen Malaysia. Ianya adalah zaman kabur bagi pergerakan organisasi belia di Malaysia. Terdapat banyak organisasi belia (skala kecil) yang merupakan ahli gabungan MAYC menjadi ‘kurang bermaya’, ‘lemah’, ‘tidur’, ‘pengsan’ dan ‘mati’. 

2007 ke 2008 – Akta Lulus 2007, Nak habis 2008 baru nak daftar MAYC

Akta 668 telah dilahirkan oleh Parlimen Malaysia pada 2007. Namun MAYC Kebangsaan liat sangat untuk beralih dari ROS ke ROY. Kenapa liat wahai Tuan-tuan Syed dan Tuan-tuan belaka. Ada batu di sebalik udangkah? Masih juga mencuba untuk buat magika. Cuba untuk kekalkan PKBM di ROS dan daftarkan PKBM Baru di ROY untuk menjadikan dua badan yang berasingan. Sedangakan nyawa MAYC itu hanya satu, logiknya ianya mustahil.

ROY menggesa MAYC berdaftar di pejabatnya

Tak boleh nak pusing dan tak boleh nak elak lagi, akhirnya pada hujung 2008 MAYC menjadi yang ke badan belia kebangsaan yang ke 17 (No. PPBM 0017) didaftarkan di bawah bos baru mereka iaitu Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia yang terletak di bawah payung KBS. ROS pun dah lama poskan fail MAYC ke ROY. ROS pun kata kami tak mahu lagi jaga MAYC. MAYC itu belia dan bukan urusan kami lagi.

Kehendak Tuhan, Jawatankuasa MAYC Kebangsaan dimudakan usianya

Setelah terlaksananya Akta 668, lalu pada tahun 2008, setelah proses daftar semula MAYC di bawah Akta 668; Presiden MAYC Kebangsaan (dipilih pada AGM 26/12/2005) telah (pada 2008) membentuk suatu Jawatankuasa Penaja (JKP) MAYC Kebangsaan, bagi menjalankan tugasan hakiki Jawankuasa MAYC Kebangsaan dipilih pada AGM 26/12/2005). Antara tugasnya ialah, Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah melaksanakan AGM MAYC Kebangsaan.

Tempoh Singkat, Walau Tak diiktiraf ROY, ianya zaman bangkit!

Puan Presiden (Penaja) membuka fail di Meja Presiden MAYC. Keliru untuk mengadakan AGM. Bagaimana nak jalankan AGM, jika perwakilannya tiada. Bagaimana nak merasakan dirinya sebagai Presiden kerana ahli MAYCnya tiada.

Dia bukan Penaja, fakta tuliskan dia adalah Puan Presiden dan Jawatankuasanya dalah satu pasukan kepemimpinan belia MAYC Kebangsaaan

Bersama JKP MAYC Kebangsan beliau mengatur gerak langkah. Disokong penuh rakan pimpinan biar pun mereka tahu masih atas nama Penaja. Generasi baru belia MAYC bangkit. Dari Negeri ke negeri, Presiden bergerak. Dari Kawasan ke Kawasan Pengerusi Negeri yang baru berlari. Kampung dan desa diredah. Belia dan remaja ditemui. 

Kelab lama yang sudah pengsan itu tak mampu disuntik untuk hidup. Lalu mati. Sedikit yang lemah diberikan vitamin pengupayaan berjaya hidup kembali. Beberapa yang tidur dapat dikejutkan dan bekerja semula. Juga yang kelompok yang cergas terus aktif dan berdaya maju.

2009 – MAYC Negeri jayakan AGM

MAYC Negeri mendapat kepimpinan baru. AGM terlaksana dengan jaya. MAYC Kawasan juga sudah bernafas. Ada yang sudah dalam kandungan, menunggu dilahirkan. Kelab-kelab baru sedia terdaftar dan mohon jadi ahli MAYC. MAYC mula dikenali belia. Belia sudah tahu dan mulai sedar. Adanya MAYC untuk mereka terus dipayungi. 

Hujung 2009 – AGM ditangguhkah!

Kecewa, sedih dan marah. Namun semua masih dalam zon kesabaran dan keadan dibendung sebaiknya oleh Puan Presiden yang kompeten. Semangnat nak memimpin MAYC Kebangsaan berkobar di dada anak muda pimpinan baru MAYC. Di pelabuhan telah kelihatan semula kapal-kapal MAYC dibina semula. Banyak yang sudah dinaikkan layarkan dan ke tengah samudera lambang Harimau MAYC berdiri gah.

MAYC jadi taring semula di MBM

Rentap Minda. MAYC memimpin MBM. MAYC menjadi struktur penting dalam kepemimpinan MBM. Juga di beberapa MBN. Juga di MBD. MAYC di peringkat negeri disalut oleh JBSN. Juga di peringkat daerah menjadi rakan kongsi utama PBSD. MAYC di sana sini. MAYC datang dengan wajah baru. Nada orang muda. Lagak lasak dan membara. MAYC meniupkan semboyan pergerakan belia di Malaysia. Harimaunya mengaum. Tetapi amat sayang sekali. Rupanya hanya mengaum dari dalam kandangnya saja. Harimaunya masih terpenjara. Rupanya ada tuan yang penjarakan harimau itu. Kerana apa masih ingin dipenjarai? Mahu apa lagi sang tuan?

Presiden MBN, Naib Presiden MBM, pimpinan utama MBM, MBN dan MBD memberikan tekanan kepada Sang Tuan – kami mahukan AGM!

Pintu ROY diketuk. Pintu Menteri diketuk. Surat dihantar. Saranan dibuat. Sang Tuan bijak memberikan alasan. ROY nak batalkan MAYC kiranya tiada AGM. Tapi bersungguhkah ROY dalam isi suratnya? Atau semua itu hanyalah drama dan sandiwara. Lalu terjawablah segala teka-teki. Dan ketahuilah merka akan jalan ceritanya. Jawatankuasa Penaja hanyalah watak ciptaan Sang Tuan yang licik. Sang Tuan pula ada juga Tuan Besarnya. Tuan Besar mesti dijaga.

Mayc Sudah Mati? [Bahagian 2]

2. MAYC Pasca Millenium – Pergolakan Dalaman 

Hujung Alaf Kedua

Tercatat kemelut perang dingin dalaman organisasi yang terlihat jua bercampur baur nada politik arus perdana berlakunya transformasi kepemimpinan MAYC secara skala sederhana besar. 

Kem-kem dalam organisasi induk MAYC mula terbentuk secara tersusun dan sifatnya sebagai sebuah organisasi badan gabungan mula hilang arah. MAYC secara terancang dilihat mulai menjadi suatu badan induk yang bercawangan. 

Kelab-kelab gabungan pula sifatnya menjadi cawangan dan semakin hilang sifatnya sebagai badan yang bergabung.

Awal Alaf Ketiga – MAYC Bukan NGO Belia, MAYC adalah Sayap Politik Kepartian

Terlihat sangat betapa kuatnya pengaruh politik arus perdana menjadi petunjuk arah kepada bentuk kepemimpinan baru MAYC. 

Atas: Boucer dan Rela menjadi jurucakap pihak Mustafa dan Hasri (kini "Presiden MAYC") untuk menghalau Perwakilan MAYC yang sah  keluar dari Wisma Belia
Sifatnya sebagai badan gabungan kelab-kelab belia semakin menjadi tidak realistik kerana menjadi semakin rancak percaturan politik kepemimpinan oragnisasinya bermula di perinkat induk hinggalah barah budaya tersebut secra halus menular ke peringkat cawangan negeri dan seterusnya mencorak conteng ke cawangan daerah (kini cawangan kawasan).

Pasca Suku Pertama, Dekad Pertama, Alaf Ketiga – Zaman Gelap MAYC

Sifat MAYC Kebangsaan sebagai organisasi induk sebuah badan gabungan sirna. Cawangan MAYC Negeri kini berdiri sebagai bebas ikatan induknya. MAYC Negeri mula mensifatkan dirinya sebagai induk tersendiri. 

Cawangan MAYC Kawasan hanya ada dalam catatan sijil. Hidupnya segan dan matinya tidak. Jika ada Cawangan MAYC Kawasan yang gagah gigih ianya pun mensifatkan dirinya sebagai induk tersendiri. 

Kelab-kelab Gabungan pula banyak yang wujud secara maya tanpa sijil pendaftran. Jika ada yang aktif dan sah pendafatrannya mula menceraikan badannya dari induk MAYC. 

Gerakan belia tempatan (di bandar, pekan dan kampung) yang mula tumbuh dan berdaftar (walaupun tahu adanya MAYC) mula tidak hairan untuk menjadi ahli MAYC kerana dilihat tiada keuntungan pun menjadi ahlinya. 

Gerakan belia tempatan lebih selesa untuk menjadi badan gabungan Majlis Belia Daerah. Parahnya, dan hakikinya, gerak belia tempatan yang baru tumbuh itu juga tak tahu pun apakah itu MAYC dan yang paling tepat, mereka tak tahu pun pernah wujudnya sebuahnya badan gabungan untuk organisasi belia tempatan yang dinamai MAYC itu.

Paling haru, ramai belia ketika zaman gelap ini, yang bila menyebut MAYC, tersebut dimulut menjadi YMCA dan juga bila disebutkan kepadanya MAYC difahami sebagai YMCA . Ramai juga belia turut hadir dan menyertai program anjuran MAYC,  namun mereka enggan mahu tahu apakah maksud akronim itu. 

Mayc Sudah Mati? [Bahagian1]

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KEBANGSAAN 2012

1. Prakata Awal

1955-2005

Tertubuhnya suatu badan gabungan kelab-kelab belia di Malaysia yang dinamakan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (PKBM) yang dikenali umum sebagai MAYC. 

Tegar wujud dan teguhnya organisasi MAYC ialah pada jumlah keahlian dan keaktifan ahli-ahlinya (iaitu kelab-kelab gabungannya). 

60 tahun liku perjalanan organisasinya telah melahirkan ribuan pemimpin negara, pemimpin politik, pemimpin masyarakat, pemimpin kebudayaan dan pemimpin organisasi belia yang lain. 

KBS, Belia 4B, ABIM, GBB, MBF

MAYC punya sejarah kuat dalam arus pergerakan belia Malaysia kerana dari gerak getar arus perjuangan belia MAYC dan rancak riak ahli gabungannya maka tercetus dan lahirnya suatu Kementerian baru di dalam Kabinet Malaysia iaitu Kementerian Kebudayan, Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan Sukan - KBS

Di atas premis yang sama juga tercipta lahir wujud dan/atau bantu terbina organisasi belia yang lain iaitu Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia (Belia 4B), Gerakan Belia Bersatu, (juga) merancak pertumbuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), seterusnya menjadi sebab (tertubuhnya) Majlis Belia Felda.

MBM, MBN, MBD

MAYC (kerana ianya sebuah badan gabungan kelab-kelab belia), ianya menjadi pemangkin penubuhan Majlis Belia Negeri di setiap negeri dan Majlis Belia Daerah/Kawasan (kerana keaktifan kelab-kelab belia gabungan MAYC). 

Ku Iskandar mengumumkan sedang menantikan maklum balas pihak Mustafa berkenaan kompromi
Walaupun ketika itu MAYC keluar sebagai badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), MAYC terus menjamin MBM kekal sebagai Badan Belia Bukan Kerajaan (NGYO) dan terselamatnya MBM menjadi organisasi separuh Kerajaan (partly GO) seperti Majlis Kebudayaan, Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan.