JAWAPAN KEPADA KEPUTUSAN MENGENAI BANTAHAN PENGANJURAN “MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KEBANGSAAN OLEH JAWATANKUASAA-JAWATANKUASA NEGERI BERTINDAK SEBAGAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC 2010” PADA 31 JULAI 2010 DI DEWAN KONVENSYEN TAN SRI ABDUL KADIR, INTERNATIONAL INSTITUTE OF ADVANCE ISLAMIC STUDIES (IAIS), KUALA LUMPUR

Ruj. Tuan:        PPPB:01-11/0769(36)
Ruj. Kami:        MAYC (10)/ P/ROY/2010

23 Ogos 2010

En Sa’don bin Suraji
Pendaftar Pertubuhan Belia
Kementerian Belia & Sukan Malaysia
Aras 4, Menara KBS.
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan                                      
62570 PUTRAJAYA  

SERAHAN TANGAN                                                                                               DENGAN SEGERA

Tuan,

KEPUTUSAN MENGENAI BANTAHAN PENGANJURAN “MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KEBANGSAAN OLEH JAWATANKUASAA-JAWATANKUASA NEGERI BERTINDAK SEBAGAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC 2010” PADA 31 JULAI 2010 DI DEWAN KONVENSYEN TAN SRI ABDUL KADIR, INTERNATIONAL INSTITUTE OF ADVANCE ISLAMIC STUDIES (IAIS), KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas dan surat tuan bertarikh 18 Ogos 2010 (“surat tersebut”).

1.        Pada suatu masa yang material, AHMAD ANSOR BIN MUHD RIVAI BATUBARA adalah Setiausaha Jawatankuasa Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010

Surat tersebut telah diserahkan oleh pihak tuan kepada Ahmad Ansor bin Muhd Rivai Batubara yang pihak tuan nyatakan sebagai Setiausaha Jawatankuasa-Jawatankuasa Negeri Bertindak Sebagai Jawatankuasa Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010.

Kami ingin memperbetulkan kefahaman pihak tuan bahawa Ahmad Ansor bin Muhd Rivai Batubara pada suatu masa yang material ialah Setiausaha Jawatankuasa Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010. Beliau pada masa yang material bertindak oleh dan bagi pihak Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri yang berkenaan.


Ketidakfahaman pihak tuan selaku Pendaftar Pertubuhan Belia adalah AMAT DIKESALI.


2.        SURAT YANG PIHAK TUAN RUJUK – BIL PKBM:(21)AKTA(ROY)/2010 BERTARIKH 11 OGOS 2010 (SURAT BANTAHAN)

Pihak tuan GAGAL melampirkan surat bantahan yang dikatakan dibuat oleh seorang Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan untuk dirujuk oleh pihak kami. Pihak tuan juga GAGAL melampirkan surat bantahan yang diterima daripada Pengerusi MAYC Negeri Melaka 2010.


Pihak tuan hendaklah mengendalikan kes di hadapan tuan dengan pengetahuan yang secukupnya tentang latar belakang kes.


(a)  Ahli kepada Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) ialah suatu entiti legal dan bukannya seseorang individu. Sila rujuk Fasal 7 Perlembagaan MAYC.

(b) Justeru, bantahan yang dibuat mestilah oleh Ahli MAYC dan bukannya oleh seseorang individu di atas apa jua jawatannya. Kegagalan pihak tuan memahami struktur organisasi MAYC adalah AMAT DIKESALI.




Oleh yang demikian, BANTAHAN yang dikemukakan dihadapan tuan adalah tidak wujud dan tiada sebarang keputusan perlu dibuat oleh pihak tuan.

Inter Alia, kali terakhir MAYC mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya ialah pada sebarang masa pada tahun 2005. Menurut Fasal 18 Perlembagaan MAYC, kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan MAYC kepada seseorang yang dipilih dan/atau dilantik untuk apa jua jawatan oleh Mesyuarat Agung Tahunannya hanyalah untuk tempoh dua tahun sahaja. Secara perlembagaannya, kuasa yang diberikan itu berakhir pada sebarang masa yang material pada tahun 2007. Oleh yang demikian MAYC Kebangsaan, selepas tarikh yang tersebut TIDAK LAGI mempunyai Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan Penolongnya, Bendahari Kehormat dan Ahli-ahli Jawatankuasa.

Komposisi Jawatankuasa Kebangsaan yang hanya wujud pada sebarang masa selepas tahun 2007 hanyalah Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri. 

3. MAKSUD FASAL 13.3 PERLEMBAGAAN MAYC

Semasa ketiadaan Mesyuarat Agung, Pengurusan MAYC adalah tertakluk kepada Jawatankuasa TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN–PERUNTUKAN DI DALAM PERLEMBAGAAN.

Istilah Jawatankuasa di dalam Fasal di atas merujuk kepada komposisi yang dinyatakan oleh Fasal 22.1 Perlembagaan MAYC. Pihak tuan hendaklah membaca Fasal 18.3 secara serentak dengan Fasal 22.1 dan Fasal 13.3 di atas dan pihak tuan juga hendaklah mengambil kira tarikh terakhir Mesyuarat Agung MAYC Kebangsaan pada sebarang masa tahun 2007. Maka komposisi Jawatankuasa Kebangsaan yang hanya wujud pada sebarang masa selepas tahun 2007 HANYALAH komposisi yang dinyatakan oleh Fasal 22.1.9 iaitu Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri.

Bagaimanakah pihak tuan boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan Bilangan Yang Pertama Tahun 2010 sebagai tidak sah? Dengan sukacitanya kami ingin memperjelaskan bahawa maksud istilah Jawatankuasa yang terkandung dalam Fasal 13.3 ialah Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri.

4. FASAL 15.2 & FASAL 15.3 PERLEMBAGAAN MAYC

Fasal 15.2 menyatakan betapa mandatorinya suatu Notis Panggilan Mesyuarat diedarkan. Notis Panggilan Mesyuarat bertarikh 24 Jun 2010 telah diedarkan dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

Salinan laporan tahunan MAYC dan penyata Kira-kira Tahunan MAYC yang telah diaudit tidak diedarkan kerana pihak Jawatankuasa (iaitu Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri) tidak mempunyai akses kepada perkara-perkara tersebut kerana ianya di bawah kawalan Mantan Presiden, Mantan Setiausaha Agung dan Mantan Bendahari yang tidak memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak Jawatankuasa (iaitu Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri). Perkara ini bagaimanapun, bolehlah dikira sebagai irrregulariti yang bukanlah alasan yang cukup material untuk menidakkan keesahan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010. Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 juga telah bersetuju sebulat suara untuk menangguhkan pembentangannya sehingga Jawatankuasa Kebangsaan yang dibentuk oleh Mesyuarat Agung Tahunan 2010 mendapatkan semula akses dan kawalan terhadap perkara-perkara tersebut. Inilah sebabnya mengapa agenda 15.3.3 dan 15.3.4 tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Namun begitu, agenda yang paling substantif iaitu Fasal 15.3.5 telah disempurnakan oleh Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 dan suatu Jawatankuasa Kebangsaan MAYC dapat dibentuk bersesuaian dengan kehendak Perlembagaan MAYC.

5. FASAL 24.4.2 PERLEMBAGAAN MAYC

Tugas Setiausaha Agung menurut Fasal di atas setelah dibaca bersama Fasal 13.3, Fasal 22.1 dan Fasal 18.3 TELAH DILAKSANAKAN SEBAIKNYA oleh Setiausaha Jawatankuasa Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 yang dilantik oleh Jawatankuasa (Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri) untuk bertanggungjawab atas kesempurnaan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010.



6. FASAL 18.2 PERLEMBAGAAN MAYC

Oleh kerana akses dan kawalan “Ibu Pejabat MAYC” tidak diboleh diakses dan/atau dikawal oleh Jawatankuasa (Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri), maka istilah “Ibu Pejabat” hendaklah dibaca sebagai Jawatankuasa Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010. Pencalonan telah dibuat oleh MAYC Negeri di dalam boring yang disediakan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 dan ianya telah sampai EMPAT BELAS (14) hari SEBELUM TARIKH Mesyuarat Agung. Peruntukan Fasal 18.2 telah dipatuhi dengan sebaiknya.

7. KEPUTUSAN OLEH PENDAFTAR

Pihak tuan di dalam surat tersebut (surat pihak tuan bertarikh 18/08/2010) menyatakan bahawa SIASATAN TELAH DILAKUKAN DAN MENELITI KESEMUA ASPEK. Namun pihak tuan dilihat gagal membaca Perlembagaan MAYC serta Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Pihak tuan gagal mengambil kira fakta-fakta yang material yang menjadi latar belakang MAYC untuk mengendalikan kes di hadapan tuan. Pihak tuan juga dilihat GAGAL MENDAPATKAN apajua maklum balas dan menghubungi pihak-pihak di dalam pertikaian.

8. MAKSUD SEKSYEN 28 AKTA 668

Setiap pertikaian yang dirujuk di hadapan tuan untuk sesuatu keputusan hendaklah dibuat dengan suatu proses undang-undang. Pihak-pihak di dalam pertikaian hendaklah dipanggil dan disoal siasat dan semua fakta-fakta, dokumen-dokumen  dan instrumen-instrumen hendaklah diberikan peluang untuk dibentangkan. Kenyataan-kenyataan saksi juga hendaklah direkodkan. Hujah-hujah daripada setiap pihak juga hendaklah didengari. Keputusan yang dibuat tanpa proses undang-undang TIDAK AKAN DIANGGAP SEBAGAI SESUATU KEPUTUSAN OLEH PENDAFTAR menurut Seksyen 28 Akta 668. Prosedur yang dinyatakan oleh 29(2) Akta 668 boleh secara tersiratnya hendaklah dipakai oleh Pendaftar dalam membuat keputusannya menurut Seksyen 28 akta 668.



9. RAYUAN KEPADA PANEL PENYELESAIAN PERTIKAIAN

Tanpa Prejudis tentang hak pihak kami untuk merayu kepada  Panel Penyelesaian Pertikaian menurut Seksyen 28(2) Akta 668, pihak kami juga sedang dalam membuat pertimbangan untuk membuat suatu rujukan kepada Mahkamah Tinggi dan/atau memfailkan permohonan untuk mendapatkan Perintah Certiorari terhadap pihak tuan kerana gagal mematuhi kehendak Seksyen 28 (1) Akta 668


10. RUJUKAN TERUS KEPADA PIHAK MENTERI

Pihak kami juga akan merujuk terus kepada pihak Menteri Belia dan Sukan dalam kadar segera untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya bagi memastikan pergerakan belia tidak dibantutkan oleh kekangan penyelesaian melalui proses undang-undang semata-mata.

Sekian.

Yang benar,

 t.t.
AHMAD ANSOR BIN MUHD RIVAI BATUBARA
Setiausaha Agung
Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia


s.k.      1. YB Menteri Belia dan Sukan

            2. Y. Bhg. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan

            3. Tetuan Irzuan, Peguambela & Peguamcara

            4. Y. Bhg Presiden Majlis Belia Malaysia

Thursday, August 26, 2010

Kenyataan Akhbar: Cadangan Bajet 2010 Sebagai Peluang Menangani Ancaman Perhubungan Dua-Hala Malaysia-Indonesia

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia, MAYC, pada hari ini mengalu-alukan pelawaan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011. Menurut Presiden MAYC, Akhramsyah Sanusi, MAYC bercadang menyambut pelawaan beliau menerusi penyediakan kertas “Lontaran Ide Ke Arah Aspirasi Belia 2020“. MAYC juga bersedia melibatkan diri dengan agensi-agensi kerajaan mahupun NGO-NGO lain, terutama sekali Majlis Belia Malaysia (MBM) serta badan-badan gabungannya yang lain, dalam usaha memantapkan sumbangan golongan Belia kepada penyediaan Belanjawan tersebut.

Sebagai cadangan awal, MAYC menyarankan supaya sebuah dana disediakan di bawah penyelenggaraan bersama Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Luar untuk memajukan usaha merapatkan silaturrahim golongan Belia nusantara ASEAN. Dana tersebut akan dapat mendayakan lagi usaha perkongsian pendapat serta pengalaman antara Belia berpersatuan di Malaysia dengan para Belia negara-negara tersebut, sekaligus menangani ancaman kumpulan-kumpulan ekstremis seperti Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang kian mengancam keharmonian antara negara.

Usaha merapatkan silaturrahim antara para pemimpin, penggerak, aktivis mahupun golongan Belia amnya melalui perkongsian aktiviti serta ziarah antara negara mungkin memerlukan sedikit pembiayaan. Namun jika ia berhasil merapatkan hubungan generasi Belia di antara negara, ia pasti bukan sekadar mengelakkan dari insiden buruk seperti yang berlaku di kedutaan Malaysia di Jakarta berulang kembali tetapi juga menghasilkan kerjasama lebih membina dalam arena sosial, ekonomi mahupun politik di antara negara ASEAN kelak.

MAYC berharap cadangan seperti dana tersebut dapat dipertimbangkan sebagai pelaburan jangkamasa panjang yang mendayakan golongan Belia dalam usaha membentuk masa depan Malaysia yang lebih harmoni di bawah gagasan 1ASEAN.

Press Release: Budget 2010 Proposal As A Means To Address Future Threat To  Malaysia-Indonesia Relations

Malaysian Association of Youth Clubs, MAYC, today welcomes the invitation by Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak for Malaysians to share ideas towards the Budget 2011. According to its President, Akhramsyah Sanusi, MAYC is planning to respond with a paper entitled “Projecting Ideas Towards Aspirations Of 2020 Youths”. MAYC is also ready to collaborate with government agencies or other NGOs, especially the Malaysian Youth Council (MBM) and its other fellow affiliates, in any effort to enhance the contribution of Youths towards the preparation of Budget 2011.

As an early proposal, MAYC would like to recommend that a fund be established under the joint auspices of the Ministry of Youth and Sports and the Foreign Ministry to develop the relationship between Youths among ASEAN nations. Such a fund would better enable the engagement through the exchange of views and the sharing of experiences between organized Youths in Malaysia with their counterparts across ASEAN nations. Such efforts would in turn lead to the curbing of rise of such extremist organizations such as the People’s Bastion of Democracy (Bendera) that are a new threat to the harmonious relationship between ASEAN nations.

Efforts to improve the relationship between leaders, movers, activists and members of Youth organizations themselves through joint activities and frequent ‘neighbourly visits’ may require some funding. However, it is results in a stronger cross-border relationships between Youths, it will not only lead to future generations avoiding such negative incidents as what occurred at the Malaysian Embassy in Jakarta recently from repeating itself, but would also yield positive cooperation in the social, economic, technology, education or even political arenas between the nations of ASEAN in future.

MAYC hopes proposals such as for the said fund would be considered as a long term investment to enable Youths to participate in shaping a more harmonious future for Malaysia under the aspired vision of 1ASEAN.

Wednesday, August 25, 2010

SARANAN PIHAK YB MENTERI BELIA & SUKAN DALAM SIDANG MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (BERTARIKH 23/08/2010) SUPAYA PIHAK PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA MENGATURKAN PERTEMUAN DI KALANGAN PIHAK-PIHAK DI DALAM MAYC

PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA
(H/P: 0165189854)
[penghantaran secara faksimili (03 8890 1454) dan e-mail]


TANPA PREJUDIS
SECARA FAKS &; E-MAIL:pendaftarbelia@gmail.com
DENGAN SEGERA

Ruj. Tuan:        PPPB:01-11/0769(36)
Ruj. Kami:        MAYC (28)/ P/ROY/2010

25 Ogos 2010

En Sa’don bin Suraji
Pendaftar Pertubuhan Belia
Kementerian Belia & Sukan Malaysia
Aras 4, Menara KBS.                                                            
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4                                                          
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuam                                              
62570 PUTRAJAYA                                                                                                    

Tuan,

SARANAN PIHAK YB MENTERI BELIA & SUKAN DALAM SIDANG MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (BERTARIKH 23/08/2010) SUPAYA PIHAK PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA MENGATURKAN PERTEMUAN DI KALANGAN PIHAK-PIHAK DI DALAM MAYC

Kami merujuk kepada perkara di atas.

Tanpa Prejudis, kepada hak Jawatankuasa MAYC Kebangsaan [sessi 2010-2012] untuk meneruskan TINDAKAN UNDANG-UNDANG menurut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) dan apajua peruntukan Undang-undang sedia ada; kami dengan ini MENDESAK pihak tuan untuk SEGERA mengaturkan pertemuan di antara pihak-pihak di dalam MAYC bagi menyelesaikan isu kepimpinan yang pihak tuan sedia maklumi sepertimana saranan oleh YB Menteri Belia & Sukan; di mana beliau sendiri juga berhasrat untuk berada dalam pertemuan tersebut.

Sekian.

Yang benar,
t.t.
AHMAD ANSOR BIN MUHD RIVAI BATUBARA
Setiausaha Agung
Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia


S.K.      Tetuan Irzuan, Peguambela & Peguamcara 

Kenyataan Presiden MAYC

Setelah lebih 3 minggu mengimbang masa antara kerja, tanggungjawab Presiden MAYC Kebangsaan dan keluarga, inilah peluang pertama melawat ke Facebook. Alhamdulillah, kelihatan semangat menghidupkan MAYC kembali semakin subur berkat AGM pada 31 Julai 2010.

Pada majlis buka puasa dengan DS Najib Tun Razak tempohari, beliau... begitu hairan mendengar MAYC sampai >5 tahun tak ber-AGM. Beliau sedih mendengar YB Suraya, sebagai salah seorang pemimpin muda harapan negeri Kedah yang ingin diasuh kepimpinannya, terlepas peluang menjadi Presiden MAYC angkara tangguhan AGM tanpa putus-putus. Terkejut apabila diberitahu bahawa sebagai Perdana Menteri beliau juga penaung MAYC - AJK sebelum ini tidak pun memberitahunya! Akhirnya beliau gembira menerima cadangan kunjung hormat AJK MAYC baru selepas Hari Raya kelak. YB Dato' Razali Ibrahim hadir dan tidak menyangkal sama sekali utusan lisan saya ke DS Najib pada malam itu.

Kini YB Menteri Belia dan Sukan pula terlihat terbuka hati, sedia menidakkan tohmahan terhadap integriti beliau yang kononnya boleh begitu mudah dipengaruhi hubungan peribadi dalam menjalankan tugas-tugas beliau. Ternyata YB Dato' Shabery Cheek lebih berintegriti dari itu orangnya.

Sementara pertemuan sibuk diatur dsb, kita terus bekerja, mengajukan pendapat dan memajukan hasrat Belia.

Sudilah membaca wawancara saya sebagai Presiden MAYC dengan Berita Harian berikutan cadangan pelbagai dari Presiden MCA tentang 30% sasaran ekuiti Bumiputra.

Tuesday, August 24, 2010

Bila YB Menteri GANTUNGKAN Keputusan ROY menidakkan sahtaraf Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010

Semalam, pada Hari Isnin, 23 Ogos, 2010, Saudara Ku Iskandar membentangkan hujahnya berkenaan Akta 668 yang berfungsi untuk memantapkan kepimpinan belia di bawah usia 40 tahun. Hujah seterusnya membawa persoalan MAYC, yang cuba dimangsai oleh pihak ROY melalui keputusan drastik yang dibuat oleh Pendaftarnya cuba nak membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC 2010 pada 31 Julai lepas.

Ku Iskandar meneruskan bicara dan mempersoalkan bagaimanakah keputusan amat mudah dibuat (yakni hanya seminggu sahaja) kepada isu yang dah berlanjutan hampir 5 tahun. YB Menteri akhirnya mengambil keputusan untuk menggantung keputusan yang telah dibuat oleh ROY

Thursday, August 19, 2010

Majlis Iftar Bersama TD Mahathir pada 30/08/2010 di Putrajaya - Sila maklumkan Jumlah kehadiran

Majlis Iftar Bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana dijadualkan pada 30/08/2010. Setiap negeri diperuntukan 5 tmpt (termasuk Exco Kebangsaan yang berasal dari negeri tersebut) untuk hadir. Bagi negeri yang menghantar kurang dpd 5 atau tak dpt nak menghantar wakil, sila maklumkan segera kepada SUA, supaya tempat tersebut boleh diberikan kepada ahli MAYC dari WP. Sila maklumkan senarai hadir kepada SUA

Majlis Iftar Bersama TS Sanusi pada 28/08/2010 di Bangsar - Sila maklumkan Jumlah kehadiran

Kepada semua Exco Mayc Kebangsaan / SU Atau Wakil Negeri - Mohon maklumkan kepada SUA MAYC berkenaan Jumlah Kehadiran Pimpinan/Ahli MAYC mengikut negeri-masing-masing ke Majlis Iftar Bersama TS Sanusi Junid pada 28/08/2010 (Hari Sabtu) di Jeumpa d Ramo, Bangsar, Kuala Lumpur. Ramai veteran MAYC dijangka hadir. Semangat Menjaro MAYC akan dirasakan. Hubungi/SMS 0165189854 dan maklumkan Jumlah Yang Akan Hadir

Mesyuarat Exco Mayc Kebangsaan pada 30/08/2010

Makluman pindaan Tarikh Mesyuarat Exco Mayc Kebangsaan dipinda dari 20/08/2010 ke tarikh 30/08/2010 (Hari Isnin) dan kepada mana-mana Exco yang tidak dapat hadir sesalinan Agenda Mesyuarat akan dimaklumkan secara E-Mail dan persetujuan/cadangan bertulis bolehlah dimajukan kepada SUA dan akan dibacakan pada Mesyuarat Exco tersebut. Tmpt dan Masa Mesyuarat akan dimaklumkan kemudian. Mohon maaf di atas segala kesulitan.

Friday, August 13, 2010

Surat Terbuka buat Tuan Syed Rahman Tuan Kuning

Pertama yang harus Tuan faham dan mengerti ialah organisasi yang bernama MAYC sepertimana lain-lain organisasi adalah tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia. Yang mana sebelum berkuatkuasanya Akta Belia (ROY) (Akta 668); adalah organisasi ini berdaftar menurut peruntukan Akta Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Berkuatkuasanya Akta 668, maka mahu tidak mahu, MAYC mesti berdaftar di bawahnya dan ianya pun telah diterima pendaftarannya pada 20 November 2008 dengan Nombor Pendaftarannya 0017/08. Lihatlah No. Pendaftarannya 0017, yang ke 17 dalam kecepatan pendaftarannya, maknanya apa? Maknanya Tuan sememangnya malas dan lembab dalam bekerja. Diterima pendaftaran pun pada 20 November 2008. Lambat! Setelah setahun sebelas bulan Akta 668 berkuatkuasa.

Apapun MAYC yang dahulunya ditadbir oleh Akta ROS kini kuasa tadbir undang-undang Malaysia telah berpindah ke ROY. Entitinya masih satu. Iaitu MAYC.

Setahun lebih rakan-rakan diperdaya kononnya sebagai "Jawatankuasa Penaja MAYC" di bawah ROY. Dan MAYC itu adalah dua.... MAYC ROY lain, dan MAYC ROS lain. Semua ini helah yang paling tak bertamaddun.

Tuan Syed, sedaftarnya MAYC di bawah ROY bermakna, anda menjadi Setiausaha Agung Penaja. Diulang sekali lagi.... Hanya Penaja. Inipun hanyalah kerana penerimaan secara teknikal oleh pihak ROY. Yang menerima Barisan kepimpinan terdahulu dimasukkan nama untuk didaftarkan MAYC. Maka jadilah semua senarai Jawatankuasa Kebangsaan itu berstatus Penaja. Hanya Penaja!

Apakah tugas JK Penaja? Tugas kamu sekalian ialah melaksanakan Mesyuarat Agung untuk organisasi secepat mungkin. Agar suatu barisan Jawatankuasa Kebangsaan di bawah usia 40 tahun dapat dibentuk! Namun kamu masih lembab dan lembab lagi. Bertolo-tolol. Helah sana, helah sini. Entah apakah masalahnya. Bila ditanya? Katanya, oh! Ada isu harta-harta MAYC yang belum selesai.

Apapun isu dan masalahnya, bukan kamu nak memikirkannya. Kamu sudah tua! Sudah lebih usia. Biarkanlah anak-anak muda yang masih gagah dan cergas ini memikirkannya. Semua pun sudah cukup masak untuk memikul apa jua masalah organisasi yang ditinggalkan oleh tangan-tangan kamu yang malas.

Justeru, kamu mesti ambil tahu wahai Tuan Syed Rahman Tuan Kuning. Masa kamu telah berakhir dan segeralah kamu kembali dari mana kamu datang. Sebelum kamu dijemput keluar dari gelanggang, baiklah segera keluar secara terhormat.


*Penulis Surat Terbuka ini ialah Ahmad Ansor bin Muhd Rivai Batubara, seorang sukarelawan mahasiswa yang pernah bekerja membangunkan suatu "Self Help Community Program" bernama Program Didik bersama cucu Dato' Onn, En. Azhar Harun di Petaling Jaya. Beliau juga adalah seorang aktivitis Mahasiwa pada hujung tahun 1990an yang menubuhkan Organisasi Mahasiswa yang bernama Angkatan Pemuda Warisan Malaysia (Pewaris). Bersama Pemuda Negera (Stephen Doss),  Pewaris menggerakkan kewujudan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Di Ipoh, Perak, beliau bekerjasama dengan YB Dato Haji Nadzri Ismail (ketika itu Pengerusi Majlis Belia Negeri Perak) dan diangkat sebagai Exco Majlis Belia Negeri Perak pada tahun 2003. Seterusnya pada tahun 2004 hingga 2006 sebagai Penolong Setiausaha Kehormat dan kemudiannya sebagai Naib Pengerusi sehingga tahun 2010. Sebagai Exco MAYC Perak pada tahun 2007 hingga 2009 dan kemudiannya pada 2009 hingga kini sebagai Setiausaha MAYC Perak.  Beliau juga terlibat aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris Malaysia) yang mana Pengasas Utamanya, Paduka Ayahanda Dato' Seri Jaafar (Ayah Paq) dan beliau telah diberikan kepercayaan sebagai Ketua Komunikasi Korporat. Semasa Negeri Perak di perintah di bawah Pakatan Rakyat, Ahmad Ansor tekun menyusun barisan NGO Melayu yang berpadu dan telah menjayakan Himpunan Melayu Muda pada 30 Ogos 2008. Detik itu telah memulakan gerak langkah tersusun untuk menawan kembali Negeri Perak agar ianya dipimpin oleh Kerajaan yang membawa Perak ke arah Aman Jaya. Tempoh 2 tahun tersebut, beliau telah dibimbing khusus oleh seorang guru politik yang hebat. Kini beliau dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan marwah kepimpinan MAYC ke status ianya dihormati dan disegani. Motto perjuangannya ialah, "Kita Mesti Takut (Taqwa) Hanya Kepada Allah". "Kepada Manusia, Kita Mestilah Menghormati Mereka SETAKAT Mereka Menghormati Allah"

Majlis Iftar MAYC Kebangsaan Bersama Tun Dr Mahathir & Tan Sri Sanusi

MAKLUMAN - Majlis Iftar EXCO MAYC Kebangsaan Bersama Tun Dr Mahathir ditetapkan pada 30 Ogos 2010, di Yayasan Kepimpinan Perdana , Putrajaya. (HARI ISNIN - DIAMBANG MALAM MERDEKA)

MAKLUMAN - Majlis Iftar EXCO MAYC Kebangsaan Bersama Tan Sri Sanusi Junid, Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia ditetapkan pada 28 Ogos 2010, di Ramo de Jeumpa di Bangsar , Kuala Lumpur (HARI SABTU)

Thursday, August 12, 2010

Keharusan Menjaga Persatuan

[100]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. 

[101]

Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus). 

[102]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. 

[103]

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. 

[104]

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. 

[105]

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. 

[106]

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu". 

[107]

Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.

[108]

Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar. Dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya. 

[109]

Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

Wednesday, August 11, 2010

Syed Hamid telah melanggar Akta Belia (Akta 668)?

Laporan akhbar tempatan jelas menunjukkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 telah dilaksanakan dengan jayanya. Presiden MAYC bagi penggal baru ini ialah Akhramsyah Sanusi. Beliau adalah pemimpin yang dipilih dalam suatu Mesyuarat Agung Tahunan.

Berbanding Syed Hamid, hanyalah seorang Presiden Penaja MAYC sejak 20/11/2008 dan tempoh tersebut berakhir pada 30/07/2010. Syed Hamid BUKAN LAGI Presiden MAYC! Dia tak boleh lagi bertindak sebagai Presiden MAYC dan dia mesti memahaminya.

Isu yang pembaca sedang baca ini adalah isu tentang sebuah organisasi belia. Soalnya, beliakah lagi Syed Hamid itu? Pastinya dia amat tua sekarang. Dan sikapnya yang masih terhegeh-hegeh nak ambil pusing pasal organisasi belia sememangnya melawan naluri alam.

Syed Hamid mestilah tahu menghormati aspirasi generasi belia. Beliau mestilah memahami bahawa kini zaman telah berubah dan beliau juga mesti berubah. Beliau mestilah bijak menangani isu yang timbul dengan cara orang tua tangani. Sekiranya beliau masih berfikir bahawa beliau adalah seorang "belia", pastilah ada sesuatu yang tak kena padanya.

Jalan yang mudah, ialah Syed Hamid patut berasa malu dan menghubungi Presiden MAYC yang baru, Sdr Akhramsyah Sanusi. Ucapkanlah tahniah kepada Presiden MAYC yang baru dan serahlah kepimpinan MAYC dengan hati yang rela.

Sekiranya Syed Hamid cuba menongkah arus, dia hendaklah ketahui. Arus yang dia sedang tongkahi itu amat kuat dan deras sekali. Dalam usia tua sebegitu, wajarlah Syed Hamid merenung dirinya di hadapan cermin dan beristighfar kepada Allah. Apakah dia BERSEDIA NAK MENONGKAH ARUS? Atau nanti ARUS ITU akan MENGHANYUTKAN DIRINYA.......

Tuesday, August 10, 2010

Pertemuan dengan pihak ROY amat memberangsangkan

Ringkasnya ialah Berjaya. Minit Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 telah diserahkan melalui Borang PB09. Dan pihak ROY telah menerimanya. Responsif yang memberangsangkan. Usaha yang gigih serta keyakinan yang teguh adalah penentu perjalanan yang positif.

Sembang agak panjang bersama dengan pegawainya juga membuahkan beberapa idea yang cukup bernas. Sdr Presiden mangatur bicara dengan baik sekali. Senyuman dan keriangan adalah jiwa pertemuan petang tadi.

Petang Isnin yang cukup damai. Kini tugas kempimpinan MAYC Kebangsaan adalah untuk meneruskan gerakerja. Menyusun aktiviti yang memberikan kesan kepada jiwa anak muda. Turun ke bawah dan membina kekuatan organisasi. Daftarlah seberapa banyak kelab belia sekadar termampu. Episod perjuangan belia pasti akan dirasai.

Santuni persekitaran perjuangan dengan lafaz dan kata-kata yang membina kekuatan Mental. Membina kekuatan Jasad dan Menyentuh hati Rohani. Juga jangan lupa ambil pusing tentang perkembangan politik. Ambil bahagian dalam perkembangan ekonomi. Dan jangan lupa akan tugas kemasyarakatan mesti selalu menjadi rutin perjuangan. Belia kini mesti kreatif dan inovatif. Sematkan Jiwa 1 Malaysia dan jangan lupa.... Kibarkanlah Jalur Gemilang!

Friday, August 6, 2010

Media Siaran dan Internet Membentuk GerakMinda Generasi Y

Baru-baru ini kita didedahkan dengan pengkategorian baru bagi golongan belia di mana mereka dipecahkan kepada tiga kategori mengikut tahap umur iaitu Boomers yang berusia antara 46 dan 64 tahun; Generasi X (29-45 tahun) dan Generasi Y (10-28 tahun)  Dari segi statistiknya pula, golongan Boomers berjumlah 4.95 juta orang, Generasi X, seramai 3.7 juta orang dan Generasi Y, membabitkan jumlah 9.4 juta orang.

Generasi Y adalah kelompok tersebesar di kalangan yang ada. Jumlah yang mencecah hampir 10 juta orang ini dahulunya sering dikaitkan sebagai golongan Harapan Bangsa dan Tiang Negera. Benar, mereka adalah pelapis kepimpinan Negara. Namun persaoalan yang paling besar, bagaimanakah mereka ini harus dididik agar dapat menjadi warga yang paling berintergriti dan berprestasi tinggi. Ini semua sering bermula dengan GerakMinda atau MindSet. Bila dilihat secara kasar ada dua elemen yang kuat mempengaruhi GerakMinda Generasi Y iaitu Media Siaran dan Internet.

Rancangan televisyen berbentuk TV Realiti pernah memberikan fenomena besar kepada Negara terutama melibatkan Generasi Y. Rancangan TV Realiti tersebut seperti Akademi Fantasia terbitan stesyen televisyen Astro amat-amat mempengaruhi GerakMInda Generasi Y ini. Rancangan-rancangan lain yang dijuadahkan oleh TV3 dan Astro juga dilihat memberikan kesan dan impak yang tidak kurang hebat.

Media Siaran selain televisyen ialah Radio dan Panggung Wayang. Juadah yang direkod oleh CD, VCD dan DVD dan dipasang tayang dan dengar juga adalah sebahagian daripadanya. Internet juga menyumbang kepada media siaran khususnya You Tube. Di dalam kandungan Internet juga terdapat banyak sekali hidangan-hidangan dalam format MP3, MP4 serta pelbagai lagi yang terlalu banyaknya boleh didapati dan dicari. Ini termasuklah juadah yang mengghairahkan dan melalaikan sesiapa yang menonton dan mendengarnya.

Internet memanglah menjadi penyumbang terbesar. Selain memiliki kandungan media siaran yang lebih banyak berbanding Radio dan Televisyen, Internet juga membuka ruang kepada medium komunikasi jaringan sosial (social networking communication medium). Bermula dengan medium berasaskan server seperti MIRC ianya telah berpindah kepada asas Web. Kemudiannya ianya berbentuk Web Portal. Kita dapat lihat bagaimana Web Portal seperti Friendster dan MySpace menjadi kegilaan komunikasi generasi Y sekitar hujung dekad 90an dan awal 20an. Kita dapat melihat juga bagaimana forum-forum Web Portal menjadi tempat Generasi X dan Y memulakan perkenalan, berbincang serta berdebat dengan cara masing-masing. Seterusnya, medium Web Blog pula menjadi popular. Bermulanya Web Blog ini ditulis oleh Wartawan Hiburan dan penulis bebas dan diziarahi oleh golongan generasi X dan Y. Kolum komentar kadang-kadang bersifat sama seperti kolum forum Web Portal. Pertentangan idea berlaku dengan hebat mengalahkan sidang Dewan Rakyat.

Media Siaran berbentuk surat khabar sudah mula ditinggalkan oleh Generasi X dan Y. Kebebasan yang dimilki dalam medium Internet amat memberangsangkan mereka untuk terus berlegar di sana tanpa sedar perut telah keroncong dan tekak telah kedahagaan air. Mereka amat asyik di sana menjadikan suasana medium Internet itu sangat realiti. Justeru, ada yang terpedaya dengan orang yang belum mereka kenali lagi. Kuatnya pengaruh medium Internet ini menjadikan apa yang tertera di sana dikatakan semuanya benar belaka.

Kini kita lihat Facebook dan Twitter menjadi alat komunikasi yang mesti ada pada majoriti Generasi X dan Y. Kadang-kadang bila terdapat masalah teknikal pada perjalanan program berkenaan menjadikan kehidupan mereka tergugat dan rasa tidak senang. Menyedari hakikat ini, jika pihak kerajaan ingin menggerakkan Generasi X dan Y masuklah melalui saluran yang mereka sedang berada sekarang.

Bagi Generasi Y pula, mereka kebanyakannya melepak dan bermain di WebGames yang mempunyai Online Networikng ke seluruh dunia. Terlalu banyak permainan yang bersifat pergaduhan, tembak-menembak dan peperangan yang diminati oleh Generasi Y. Pusat-pusat Siber adalah tempat di mana mereka akan berkumpul dan memulakan dunia baru mereka di depan skrin komputer. Setiap hari akan ada sahaja azam baru dan wawasan yang ingin mereka capai terhadap permainaln Online tersebut. Dunia tersebut telah menjadi sangat realiti kepada mereka dan mereka taksub kepadanya.

Kerajaan mesti segera menyedari hakikat ini. Kerajaan mesti peka dan kewujudan Makmal Pembangunan Transformasi Belia ini memang sangat-sangat membantu kepada keadaan ini. Kajian demi kajian hendaklah dilakukan dengan segara. Namun yang paling penting ialah siapakah "human resource" yang nak melakukannya. Di sini kerajaan boleh melihat bagaimana suatu perkongsian bijak yang mereka boleh laksanakan dengan organisasi belia berdaftar. Organisasi belia berdaftar seperti MAYC misalnya pasti boleh menjadi rakan kongsi yang terbaik. Siapkan satu pakej kajian mengikut apa yang perlu dan serahkan tugas tersebut kepada organisasi belia berdaftar yang punya kemampuan untuk melaksanakn tugas ini. Lalu hasil kajian ini hendaklah direncanakan supaya ianya boleh dijadikan sebagai pelan bertindak. Apa yang penting ialah pelan bertindak tersebut mestilah punya GerakTuju untuk membentuk GerakMinda. Kami di MAYC amat memahami situasi ini dan tahu apa yang harus dilakukan oleh Makmal Pembangunan Trasformasi Belia.

Thursday, August 5, 2010

Makmal Transformasi Pembangunan Belia

KENYATAAN MEDIA
(KUALA LUMPUR, OGOS 5, 2010)
MAYC menyokong usaha kerajaan menubuhkan Makmal Transformasi Pembangunan Belia (Youth Development Transformation Laboratory) sebagai jalancara mencetus idea demi menyediakan golongan Belia untuk memikul cabaran negara maju pasca 2020. Tumpuan khusus kepada "golongan yang baru atau bakal" Belia dari Generasi Y juga relevan dan cukup dekat di hati golongan belia sekarang, terutama Genarasi X yang kini juga terdiri dari ibubapa kepada Generasi Y yang dimaksudkan.

MAYC sedia menyumbang ke arah kejayaan Makmal tersebut melalui penyertaan secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya pentas idea seperti Makmal Transformasi Pembangunan Belia merupakan peluang keemasan bagi golongan Belia, terutama sekali para pemimpin mahupun ahli-ahli Belia berpersatuan untuk menyumbang kepada usaha membentuk masa depan negara yang aman, makmur dan dinamis sesuai dengan prinsip-prinsip 1Malaysia.

Pada masa yang sama, MAYC juga menghargai keperihatinan kerajaan terhadap perlunya sedikit sebanyak rombakan kepada program-program belia supaya lebih sesuai untuk Generasi Y mahupun Generasi X. MAYC juga sedia menyumbang ilham, pandangan mahupun usaha untuk menjayakan apa-apa pembaharuan (INOVASI) yang dirasakan akan membawa lebih manfaat kepada golongan belia alaf baru.

Dalam masa yang sama, kami juga menerima pelbagai maklum balas dari kalangan rakan-rakan belia yang tidak berpersatuan mahupun para mahasiswa akan sambutan baik dan memberangsangkan daripada mereka berkenaan hasrat kerajaan menubuhkan Makmal tersebut.

AKHRAMSYAH MUAMAR UBAIDAH BIN SANUSI 
PRESIDEN MAYC KEBANGSAAN

Presiden Ke Kedah dan Perlis - Sabtu ini …

Saya telah dijemput oleh BTN untuk berucap di seminar 1Malaysia untuk HYO Kedah di Star City Alor Setar pada hari Sabtu ini, 7 Ogos 2010. Teman-teman di Kedah dan sekitar sudilah hadir bermula jam 11 pagi. Selesai majlis, saya akan ke Langkawi melalui Kuala Perlis. Mungkin kalau ada rezeki, adalah peluang untuk berjumpa dengan pemimpin di sana pula!

AKHRAMSYAH SANUSI

Ahli MAYC Mesti …..

Membudayakan Prestasi Tinggi

Mengamalkan Budaya Ketetapan

Memartabatkan Ilmu

Memperkukuhkan Integriti

Mendorong Sifat Tabah

Setia

Berfikiran Bijaksana

Merintis Perubahan Memacu Inovasi

Melihat Ke Hadapan

Barisan Jawatankuasa MAYC Kebangsaan telah diwujudkan pada Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan. Ini bermakna terbinalah suatu kuasa usaha MAYC di peringkat kebangsaan yang bertanggungjawab untuk menggariskan dasar perjuangan organisasi. Apa yang penting kala kini ialah menyusun semula kedudukan MAYC di peringkat negeri dan kawasan serta menambah bilangan ahli menerusi penggabungan kelab-kelab belia yang baru. MAYC ibarat payung kepada kelab-kelab belia yang kecil dan bersifat lokal dan setempat.

Oleh yang demikian setiap MAYC Negeri hendaklah memainkan peranan yang besar samada dalam mengatur susun MAYC di peringkat kawasan atau memantau gerakerja Kelab-kelab Gabungan MAYC itu sendiri. Ini semua boleh dilaksanakan dengan semangat ingin jayakan diri dan bersatu maju.

Manakala, fokus MAYC di peringkat kebangsaan ialah menjayakan siri-siri program berbentuk wacana, seminar dan forum khususnya, mengembangfahamkan Gagasan 1 Malaysia. Bagi tujuan tersebut, MAYC Kebangsaan akan bergandingan dengan media arus perdana yang sudi bekerjasama mahupun Institut Pengajian Tinggi yang ada. Kita akan laksanakan aktiviti tersebut di mana-mana Universiti dan disiarkan secara perdana oleh media tayangan. Selain penerangan 1 Malaysia kita juga akan memilih pelbagai isu yang bersekitar dengan belia seperti isu perfileman, muzikal, sukan, sastera dan budaya serta bidang pemikiran.

Arus baru politik nasional menuntut kepada perubahan dan anjakan tentang cara berfikir, bertindak dan bekerja. Justeru, MAYC mestilah segar di hati, minda dan perasaan para belia. MAYC mesti mampu ke dapan dan menjuarai persoalan yang berkaitan belia. Sebagai organisasi yang berbilang agama, keturunan dan adat budaya, MAYC mestilah berada pada barisan hadapan organisasi belia masakini.

Wednesday, August 4, 2010

Mesyuarat MAYC pada 31 Julai lalu dianggap sah – Tuan Haji Abdul Karim Mohamad, Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan

2010/08/03
KUALA TERENGGANU: Pemilihan Akhramsyah Sanusi sebagai Presiden Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) pada mesyuaratnya 31 Julai lalu adalah sah dan mematuhi peraturan serta perlembagaan persatuan, kata Timbalan Presiden MAYC Karim Mohamad.

Katanya selain perlembagaan MAYC dan rujukan kepada pakar undang-undang, persatuan itu mempunyai dokumen bagi membuktikan kesahihan mesyuarat agung yang diadakan itu dan sebarang kenyataan mempertikaikannya adalah bersifat negatif.

"Bagi saya pihak yang mengeluarkan kenyataan itu mempunyai muslihat tersurat serta tidak bertujuan baik demi masa depan MAYC. Malah isu-isu yang sengaja dibangkitkan itu juga adalah remeh dan mengelirukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar semalam memetik bekas setiausaha agung MAYC Haryati Hamzah sebagai mempertikaikan kesahihan mesyuarat agung itu dengan mendakwa pemilihan sebulat suara kepimpinan baru itu tidak diiktiraf oleh beberapa pihak dalam persatuan itu.

Karim, yang juga Pengerusi MAYC Terengganu, berkata persatuan itu mengadakan mesyuarat berkenaan kerana ingin menyelamatkan MAYC yang pendaftarannya boleh dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana tidak mengadakan mesyuarat agung selama lima tahun.

Beliau berkata bahawa membuat kenyataan melalui media tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah malah akan mengeruhkan lagi keadaan. Karim berkata tidak ada orang yang boleh mempertikaikan kesahihan mesyaurat itu selain Pendaftar Pertubuhan dan mereka (Pendaftar Pertubuhan) mengesahkan mesyuarat itu.

Katanya kenyataan yang mempertikaikan mesyuarat agung MAYC itu dilihat sebagai cubaan pihak tertentu untuk menutup pelbagai masalah dan kelemahan yang dihadapi MAYC sebelum ini. Karim berkata jawatankuasa baru MAYC mempunyai wakil daripada semua negeri kecuali Pahang. - BERNAMA

MAYC sees youthful rebirth

2010/08/04, By Shuhada Elis, shuhada@nst.com.my

KUALA LUMPUR: For almost three decades, his father was leading the Malaysian Association of Youth Clubs (MAYC) as its president. Last weekend, Akhramsyah, son of Tan Sri Sanusi Junid was elected its new leader, but at a time when the relevance of MAYC is in doubt.

Shazni Munir, chairman of Solidariti Mahasiswa Malaysia -- a 7,000-strong social movement platform, suggested that MAYC leaders visit universities more. Akhramsyah, 36, told the New Straits Times his first task was to elevate the stature of MAYC, insisting that youth organisations were still very much relevant these days despite the popularity of social networking sites. A previous problem for youth organisations was that they were led by senior politicians who were not exactly young.

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad suggested 10 years ago that MAYC should be led by a leader under 40. MAYC's annual general meeting last Saturday that elected him as president, was the first held in five years due to internal problems. It had to convene the Saturday meeting to avoid de-registration by the Registrar of Youth Societies.

Sanusi, a former menteri besar of Kedah and agriculture minister, first became president of MAYC at age 30, before handing over to Tan Sri Syed Hamid Albar in 2000. Akhramsyah said he has a very young team with some committee members in their 20s. "These are the second-liners who will lead MAYC someday," said Akhramsyah who is a retail corporation support manager.

International Islamic University Malaysia students' representative council president Muhammad Firwan Norliza said organisations like MAYC enjoyed name recognition but students did not know their role. "They must make their presence felt," he said. Akhramsyah reasoned that MAYC was not active in campuses as in the past because students were preoccupied by Rakan Muda programmes.

"But if there is demand, we will be interested to go into the campuses," he said, adding that MAYC was already in discussion with a few universities to engage with their student councils. Akhramsyah said he preferred the "pull" factor rather then the "push" factor and invited student leaders to get in touch with him.

He said MAYC was also active in Malay urban areas such as in Batu, Bandar Tun Razak and Segambut. "Our activities depend on areas, they can range from a gotong-royong to debate competitions and paintball."

Some 311 clubs are affiliated under MAYC. Members connect via Facebook while the MAYC updates its blog regularly at http://mayckebangsaan.blogspot.com. Akhramsyah said MAYC would also reconnect with the association's past leaders, including Dr Mahathir and Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah. He also assured that his team would be fully transparent and receptive to criticisms.

Among the newly-elected committee members for 2010-2012 session are deputy president Abdul Karim Mohamad, vice-president Intandiana Jalil and secretary-general Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara.

Read more: MAYC sees youthful rebirth http://www.nst.com.my/nst/articles/14son/Article#ixzz0vcZ8k4pj

Tuesday, August 3, 2010

Semuanya kerana Syed Rahman Tuan Kuning?


Kenapa tak endahkan suara akar umbi yang dizahirkan melalui surat-surat yang diutus oleh Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri? Kenapa terlalu banyak tarikh-tarikh yang dijanjikan? Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan adalah "nyawa" kepada pertubuhan yang bernama MAYC ini. Bila sudah 5 tahun Mesyuarat Agung Tahunan tidak dilaksanakan maka organisasi jadi semakin lesu. Tiada bermaya kerana "makanan" yang diperlukan pada Mesyuarat Agung tiada diperolehi. Lalu "nyawa" MAYC semakin sayu.
Lihatlah betapa bersungguhnya ahli akar umbi hadir dari seluruh pelusuk Negara. Dengan riang dan gembira mereka hadir untuk memberikan "nyawa baru" kepada MAYC. Para Perwakilan hadir bagai "oksigen" yang memberikan MAYC suatu nafas segar. Kini Mesyuarat Agung Tahunan MAYC kebangsaan 2010 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Julai 2010 yang lepas. Para Perwakilan pulang dengan harapan baru. Kepimpinan MAYC setiap Negeri sudah mula menyusun barisan baru yang lebih teguh. Kawasan-kawasan yang belum terdaftar digerakkan untuk didaftar. Ke kampong dan desa, para pemimpin belia gagah turun ke bawah untuk menubuhkan kelab-kelab belia. Segalanya menjadi segar bugar kembali.

Belia terbela. Dengan nafas suntikan semangat oleh Datuk Nasir Safar. Berebutan nak menjadi kawan fesbuk Datuk Nasir. Kerana apa? Kerana nak faham apakah itu "Gagasan 1 Malaysia". Bukan tak faham, tapi nak faham lebih lagi. Nak juangkan maksud Gagasan tersebut. Nak wacanakan ia. Nak forumkan ia. Nak seminarkan ia, agar belia seluruh Negara lebih mengerti apakah itu perpaduan sesama warganegara. Walau beza warna kulit. Beza bahasa dan adat budaya. Beza agama dan kepercayaan. Dapat hidup dalam jalinan intergriti yang harmonis.
Belia MAYC sedar kini. Mereka digalas dengan tugas berat. Untuk transformasikan gagasan 1 Malaysia dalam bentuk program kemasyarakatan. Aktiviti kebeliaan. Dan menjadi acara yang menzahirkan makna perpaduan dalam nada yang paling serius. Ayuh kita semua. Menuju Arah Yang Cemerlang dan Bersatu Maju.

Akhramsyah dapat sokongan majoriti


Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2010/08/03


Hanya wakil MAYC 3 negeri tak hadir mesyuarat

KUALA LUMPUR: Pelantikan Akhramsyah Sanusi sebagai Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) mendapat sokongan penuh 190 perwakilan dari sembilan negeri yang menghadiri Mesyuarat Agung MAYC peringkat kebangsaan di ibu negara, Sabtu lalu.

Setiausaha Agung MAYC, Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara, bagaimanapun berkata perwakilan dari Pahang, Melaka dan Kelantan tidak menghadiri mesyuarat itu disebabkan masalah teknikal seperti isu pengangkutan.

"Saya selaku Setiausaha Jawatankuasa Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 pada 29 Julai lalu mengadakan satu pertemuan bersama Pendaftar Pertubuhan Belia berkenaan hasrat Jawatankuasa MAYC negeri meng-adakan mesyuarat agung itu, Sabtu lalu.

"Menurut Pejabat Pendaftar Belia (ROY), Tan Sri Syed Hamid Albar hanyalah presiden penaja MAYC dan kami juga memaklumkan kepada ROY bahawa MAYC gagal untuk melaksanakan mesyuarat agung tahunan selama lima tahun berturut-turut termasuk bagi tahun ini.

"Oleh demikian Jawatankuasa MAYC negeri yang bersidang pada 20 Jun lalu menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 bagi mematuhi Fasal 15 Perlembagaan/Undang-Undang Tubuh Persatuan Kelab Belia Malaysia supaya satu mesyuarat agung MAYC dapat diadakan," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin, Pengerusi MAYC Melaka, Azman Abdullah mempertikaikan pelantikan Akhramsyah dan ahli jawatankuasa MAYC pada mesyuarat agung tahunan itu.

Katanya, ini kerana ROY sudah menetapkan kuasa bagi membuat sebarang keputusan dalam MAYC termasuk mengeluarkan notis mesyuarat agung adalah presiden sedia ada iaitu Tan Sri Syed Hamid Albar dan bukan individu lain termasuk Akhramsyah.

Ahmad Ansor berkata, mesyuarat agung itu dilaksanakan melalui satu notis panggilan mesyuarat bertarikh 24 Jun dan ahli MAYC seluruh negara memberi sambutan amat menggalakkan terhadap mesyuarat berkenaan. 

Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010

Kami, Jawatankuasa MAYC Kebangsaan 2010-2012 amat berbesar hati untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010 telah dilangsungkan dengan jayanya pada 31 Julai 2010 (Bermula Jam 8-30 pagi) bertempat di Dewan Konvensyen Tan Sri Abdul Kadir, International Institute of Advance Islamic Studies (IAIS), Jalan Elmu off Jalan Univeristi, 59100 KUALA LUMPUR. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Y Bhg Dato’ Nasir Safar, selaku Timbalan Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia.       

Mesyuarat tersebut dilaksanakan bagi MEMATUHI KEHENDAK Fasal 15 Perlembagaan/Undang-undang Tubuh Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) dan Seksyen 2 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) agar kepimpinan belia diterajui oleh pemimpin yang berumur TIDAK MELEBIHI empat puluh (40) tahun .

Sebanyak 190 perwakilan belia MAYC daripada Negeri Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu hadir pada Mesyuarat tersebut. Semangat perjuangan belia dan laungan BERSATU MAJU & 1 MALAYSIA menyemarakkan lagi suasana Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan 2010.

Di sini kami senaraikan Jawatankuasa MAYC Kebangsaan sessi 2010-2012 yang telah dipilih oleh para perwakilan berdasarkan pencalonan daripada Jawatankuasa MAYC Negeri.
  
SENARAI JAWATANKUASA MAYC KEBANGSAAN BAGI SESSI 2010-2012

Pengerusi Tetap                           
AHMAD AFFENDI AHMAD ARIF
Timbalan Pengerusi Tetap             
KHAIROLNIZAM SHAARI
Presiden                                    
AKHRAMSYAH MUAMAR UBAIDAH BIN SANUSI
Timbalan Presiden                    
ABDUL KARIM MOHAMAD
Naib Presiden                            
KU ISKANDAR KU SAAD
AZMI ISMAIL
SAIFUL ADLY ABD WAHAB
INTANDIANA JALIL
Setiausaha Agung                     
AHMAD ANSOR BIN MUHD RIVAI BATUBARA
Pen. Setiausaha Agung             
NOR AZHAR BIN AZILAN
Bendahari                                  
SAIFUL ANNUAR BAIG HJ ABDULLAH

Ahli Jawatankuasa  (EXCO)              
MOHD YUSOF AHMAD
FAIZAL EFFENDY MAT ALI @ JOHARI
NOR AZMAN MD AZHARI
MOHAMAD SAUD
MOHD FARID MOHD KHALID
BUDIMAN MOHD ZOHDI
BABU A/L PM SUBRAMANIAM
VIMAL JEGANATHAN A/L VERASAMY
JEROME BOO FERNG FARN
MOHD FIRDAUS ABD AZIZ
SALINA DIN
FAIZAL HARUN
SYED MOHD HAFIZUDDIN SYED OMAR
ASMAWATI MOHD SHUKOR
NASRUL AHMAD