Sdr Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi
Presiden
Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) 2010/2012
Bagi pihak seluruh JKK Kelab Veteran MAYC Malaysia saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas perlantikan Sdr sebagai Presiden MAYC Kebangsaan 2010/2012 yang sah.
Akhramsyah(kiri) dan Maliki(kanan) mengiringi Datuk Nasir Safar
Pagi ini dengan berkumandangnya lagu-lagu NEGARA KU dan WARISAN, satu sejarah baru telah dicipta oleh segulungan belia yang iklas mahukan perubahan dan pembangunan sungguhpun telah di uji dengan berbagai-bagai halangan.
Kerja-kerja saudara baru sahaja bermula diatas perjuangan yang belum selesai. Insya Allah kami yang masih hidup dalam Kelab Veteran MAYC Malaysia akan memberi apa saja nasihat dan tunjuk ajar yang diperlukan oleh Sdr untuk terus bergiat dalam MAYC khususnya dan masyarakat amnya.
Kami berdoa agar segala usaha Sdr akan mendapat keberkatan dan diredhai Allah swt.
Sekian. Salam perjuangan dari kami……
TAIB WAHAB
Setiausaha
Kelab Veteran MAYC Malaysia.
No comments:
Post a Comment