3. Menuju 2005 dan pascanya – MAYC adalah Belia Tua (Belia-wa)
Mana Remaja MAYC? Mana ahli yang usianya belia?
Kelab-kelab Belia yang bergabung dengan MAYC hampir semuanya dipimpin oleh “belia” yang anaknya pun sudah mencecah hujung umur belia. Pemimpin-pemimpin “kelab belia” tersebut juga sudah menimang cucu.
Mana individu yang benar belia? Tersangat minim jika ada pun. Golongan remaja langsung tak kelihatan sebagai pemimpin. Pemimpin MAYC di peringkat Negeri hanya yang hakikinya beberapa kerat. Itu pun bukan belia.
MAYC Kawasan menjadi hantu atau zombie?
Di peringkat Kawasan pun begitu. Banyak juga MAYC Kawasan yang sudah dikuburkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Jawatankuasa MAYC Kebangsaan semuanya berasa gah dengan jawatan masing-masing.
Kelab Gabungan MAYC Mati Tanpa Kubur dan Batu Nisan
Secara jujur seorang Menteri Belia dan Sukan bertanya kepada Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan. MAYCini masih ada kelab gabungan lagi kah?
Kapal MAYC Sudah Karam, Nakhoda MAYC Menaiki Kapal Terbang
Majoriti kepimpinan MAYC itu juga pemimpin atasan dalam Parti Politik dan juga bergelar Yang Berhormat. Nakhodanya hebat-hebat belaka, malah ramai juga yang kaya berharta. Akan tetapi mereka bukan berlayar di kapal MAYC. Mereka semuanya menaiki kapal terbang.
Kapal MAYC mereka tambatkan di pelabuhan dan ditinggalkan. Kapal MAYC itu telah pun reput. Ada yang separuh tenggelam dan banyak sangat yang telah karam di lautan.
4. Episod Jatuh, Bangun, Jatuh dan MAYC Bangkit! [Chapter 1]
26 Disember 2005 – AGM 12-26 [KISAH AGM26 – CHAPTER 1]
Kemelut kepemimpinan MAYC pada tahun 2010 berbangkit setelah berlaku KEGAGALAN Jawatankuasa MAYC Kebangsaan yang dipilih sejak 26 Disember 2005 [JK MAYC 26/12/05] menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan.
Sekitar tahun 2006
Berlakunya proses perundangan di dalam ehwal pendaftaran pertubuhan belia iaitu proses gubal, bentang dan meluluskan Akta Pembangunan Belia dan Pendaftaran Pertubuhan Belia (Akta 668) oleh Parlimen Malaysia. Ianya adalah zaman kabur bagi pergerakan organisasi belia di Malaysia. Terdapat banyak organisasi belia (skala kecil) yang merupakan ahli gabungan MAYC menjadi ‘kurang bermaya’, ‘lemah’, ‘tidur’, ‘pengsan’ dan ‘mati’.
2007 ke 2008 – Akta Lulus 2007, Nak habis 2008 baru nak daftar MAYC
Akta 668 telah dilahirkan oleh Parlimen Malaysia pada 2007. Namun MAYC Kebangsaan liat sangat untuk beralih dari ROS ke ROY. Kenapa liat wahai Tuan-tuan Syed dan Tuan-tuan belaka. Ada batu di sebalik udangkah? Masih juga mencuba untuk buat magika. Cuba untuk kekalkan PKBM di ROS dan daftarkan PKBM Baru di ROY untuk menjadikan dua badan yang berasingan. Sedangakan nyawa MAYC itu hanya satu, logiknya ianya mustahil.
ROY menggesa MAYC berdaftar di pejabatnya
Tak boleh nak pusing dan tak boleh nak elak lagi, akhirnya pada hujung 2008 MAYC menjadi yang ke badan belia kebangsaan yang ke 17 (No. PPBM 0017) didaftarkan di bawah bos baru mereka iaitu Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia yang terletak di bawah payung KBS. ROS pun dah lama poskan fail MAYC ke ROY. ROS pun kata kami tak mahu lagi jaga MAYC. MAYC itu belia dan bukan urusan kami lagi.
Kehendak Tuhan, Jawatankuasa MAYC Kebangsaan dimudakan usianya
Setelah terlaksananya Akta 668, lalu pada tahun 2008, setelah proses daftar semula MAYC di bawah Akta 668; Presiden MAYC Kebangsaan (dipilih pada AGM 26/12/2005) telah (pada 2008) membentuk suatu Jawatankuasa Penaja (JKP) MAYC Kebangsaan, bagi menjalankan tugasan hakiki Jawankuasa MAYC Kebangsaan dipilih pada AGM 26/12/2005). Antara tugasnya ialah, Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah melaksanakan AGM MAYC Kebangsaan.
Tempoh Singkat, Walau Tak diiktiraf ROY, ianya zaman bangkit!
Puan Presiden (Penaja) membuka fail di Meja Presiden MAYC. Keliru untuk mengadakan AGM. Bagaimana nak jalankan AGM, jika perwakilannya tiada. Bagaimana nak merasakan dirinya sebagai Presiden kerana ahli MAYCnya tiada.
Dia bukan Penaja, fakta tuliskan dia adalah Puan Presiden dan Jawatankuasanya dalah satu pasukan kepemimpinan belia MAYC Kebangsaaan
Bersama JKP MAYC Kebangsan beliau mengatur gerak langkah. Disokong penuh rakan pimpinan biar pun mereka tahu masih atas nama Penaja. Generasi baru belia MAYC bangkit. Dari Negeri ke negeri, Presiden bergerak. Dari Kawasan ke Kawasan Pengerusi Negeri yang baru berlari. Kampung dan desa diredah. Belia dan remaja ditemui.
Kelab lama yang sudah pengsan itu tak mampu disuntik untuk hidup. Lalu mati. Sedikit yang lemah diberikan vitamin pengupayaan berjaya hidup kembali. Beberapa yang tidur dapat dikejutkan dan bekerja semula. Juga yang kelompok yang cergas terus aktif dan berdaya maju.
2009 – MAYC Negeri jayakan AGM
MAYC Negeri mendapat kepimpinan baru. AGM terlaksana dengan jaya. MAYC Kawasan juga sudah bernafas. Ada yang sudah dalam kandungan, menunggu dilahirkan. Kelab-kelab baru sedia terdaftar dan mohon jadi ahli MAYC. MAYC mula dikenali belia. Belia sudah tahu dan mulai sedar. Adanya MAYC untuk mereka terus dipayungi.
Hujung 2009 – AGM ditangguhkah!
Kecewa, sedih dan marah. Namun semua masih dalam zon kesabaran dan keadan dibendung sebaiknya oleh Puan Presiden yang kompeten. Semangnat nak memimpin MAYC Kebangsaan berkobar di dada anak muda pimpinan baru MAYC. Di pelabuhan telah kelihatan semula kapal-kapal MAYC dibina semula. Banyak yang sudah dinaikkan layarkan dan ke tengah samudera lambang Harimau MAYC berdiri gah.
MAYC jadi taring semula di MBM
Rentap Minda. MAYC memimpin MBM. MAYC menjadi struktur penting dalam kepemimpinan MBM. Juga di beberapa MBN. Juga di MBD. MAYC di peringkat negeri disalut oleh JBSN. Juga di peringkat daerah menjadi rakan kongsi utama PBSD. MAYC di sana sini. MAYC datang dengan wajah baru. Nada orang muda. Lagak lasak dan membara. MAYC meniupkan semboyan pergerakan belia di Malaysia. Harimaunya mengaum. Tetapi amat sayang sekali. Rupanya hanya mengaum dari dalam kandangnya saja. Harimaunya masih terpenjara. Rupanya ada tuan yang penjarakan harimau itu. Kerana apa masih ingin dipenjarai? Mahu apa lagi sang tuan?
Presiden MBN, Naib Presiden MBM, pimpinan utama MBM, MBN dan MBD memberikan tekanan kepada Sang Tuan – kami mahukan AGM!
Pintu ROY diketuk. Pintu Menteri diketuk. Surat dihantar. Saranan dibuat. Sang Tuan bijak memberikan alasan. ROY nak batalkan MAYC kiranya tiada AGM. Tapi bersungguhkah ROY dalam isi suratnya? Atau semua itu hanyalah drama dan sandiwara. Lalu terjawablah segala teka-teki. Dan ketahuilah merka akan jalan ceritanya. Jawatankuasa Penaja hanyalah watak ciptaan Sang Tuan yang licik. Sang Tuan pula ada juga Tuan Besarnya. Tuan Besar mesti dijaga.
No comments:
Post a Comment