Tuesday, October 25, 2011

Kebrobrokan Pimpinan Belia


Saturday, January 22, 2011

PANEH MIANG©

Kebrobrokan Pimpinan Belia

Persatuan-persatuan belia di Malaysia adalah sebahagian kisah lawak antarabangsa yang jarang berlaku. Namun dek kerana sudah merdeka 53 tahun, ramai dah kenyang mentekedarah duit dalam kepompong Gerakan Belia 4B Malaysia dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia [MAYC], yang hari ini mereka boleh diibaratkan "si luncai".

Apakah yang menjadikan mereka "barbarian"? Apakah maksud pewujudkan persatuan sosial dan ekonomi berpaksi penglibatan belia Melayu menerusi 4B dan MAYC?

Apakah faktor bahang tamak, gelojoh, bongkak, gedebe dan bahalol merupakan resepi kesombongan regim-regim 4B dan MAYC? Apakah teori pewarisan takhta kerajaan daripada bapa turun ke anak atau sifu turun kepada anak buah yang ortodok, telah menjadi satu legasi yang subur dalam urat dan jantung persatuan belia MELAYU?

Sedarkah bahawa 4B dan MAYC memiliki kekuatan hampir 1 juta belia Melayu di dalamnya, dan hari ini 75% daripada mereka ialah pengundi berdaftar tetapi masih belum ditentukan sifat kepartian mereka.

Peninggalan 4B Malaysia dan MAYC telah mencorak pelbagai peristiwa dan kisah suka duka. Namun sejak Akta 668 mula berkuasa dalam alam belia, Majlis Perundingan Belia Negara pun menjadi tunggul mati dan kayu reput. MPBN langsung tidak bistari gunakan guna budi bicara dalam menyelesai kemelut kepimpinan MAYC Kebangsaan.

Saudara Akhramsyah Sanusi vs Mustafa Mat Arof, jika dikaji secara mendalam dari persepktif Akta 668, Akhramsyah ialah Presiden MAYC Kebangsaan yang sah. Oleh kerana tidak ramai yang bistari untuk bereskan isu ini, maka kedua-dua pihak melopong. Hari ini MAYC Kebangsaan tiada kepimpinan yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia.

Pelik tapi benar. Pelik kerana Akta 668 jika dibaca oleh ahli undang-undang yang pakar perlembagaan, maka jelas akan ada pihak yang BENAR. Oleh kerana Akta 668 hanya ditulis pada sifat hurufiah sahaja, maka itulah KBS gagal memberi makna sebenar kepada Program Pemimpin Belia Berkaliber. Akta 668 tidak dijengkal kepada "batu jemala pemimpin belia". Akta 668 hanya dibaca ikut sedap tekak dan tembolok warga tertentu dan mencerita kepada dunia bahawa Malaysia HEBAT kerana ada Akta 668!

Disebabkan musibah kebodohan itu, maka MAYC Kebangsaan terima padah. Alhamdulillah, moga ini memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada semua 11.6 juta warga belia di Malaysia.

Selamat tidur 4B Malaysia kerana anda sedang dibuai oleh mimpi dan cerita indah PRESIDEN anda, si anak DWJ. Selamat tidur MAYC Kebangsaan kerana anda masih dalam buaian dan tilam busuk. Selamat tidur MPBN kerana tidak bijaksananya ahli-ahli MPBN, maka tragedi MAYC Kebangsaan bakal dikenang sebagai "sejarah" pergerakan institusi belia Abad ke-21.

No comments:

Post a Comment