Monday, July 9, 2012

Mayc Sudah Mati [Bahagian 4]

5. Episod Jatuh, Bangun, Jatuh dan MAYC Bangkit! [Chapter 2]

7 Julai 2010 – 7.7.10 [CERITERA 77]

Akhirnya, pada 7.7.2010 Pendaftar Pertubuhan Belia membuat keputusan bahawa Jawatankuasa Penaja (JKP) MAYC Kebangsaan (dibentuk pada 2008) oleh Presiden MAYC Kebangsaan  (dipilih pada AGM 26/12/2005). Pembentukan JKP tersebut juga direstui semua  tidak sah wujud (sejak dibentuk) dan mengesahkan bahawa Jawatankuasa MAYC Kebangsaan (dipilih AGM 26/12/2005) sah layak menganjurkan AGM MAYC Kebangsaan. 

7.7.10 - Pada tarikh inilah meletusnya kemelut kepemimpinan MAYC. Majoriti barisan kepemimpinan Jawatankuasa Penaja MAYC Kebangsaan yang juga adalah pemimpin belia MAYC Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, (juga) Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, (juga) Kelantan dan (juga) Perlis (merujuk kepada MAYC Kawasan Arau), termasuk beberapa individu pemimpin MAYC di Melaka dan Pahang, secara berasingan dan/atau bersesama  mempertikaikan keputusan Pendaftar Pertubuhan Belia yang dilihat bias serta tidak sah. 


Sebagai nota: Tiada sebarang rujukan kepada ahli Undang-undang, pada masa yang material, membuat penilaian Undang-undang [legal test] ke atas keputusan tersebut.

Kemelut ini membawa kepada pertemuan antara pimpinan utama MAYC Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, (juga) Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu. Tidak kiralah pertemua tersebut secara serentak di suatu lokasi atau secara virtual di Internet mahupun secara telekomunikasi. Padangan dan pendapat dikongsi dan diribut-akalkan (brainstormed). 

31 Julai 2010 – AGM 7-31

Kumpulan Belia MAYC Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, (juga) Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu menjayakan AGM MAYC Kebangsaan.


26 September 2010 – AGM 9-26 [KISAH AGM26 – CHAPTER 2]

Tuan Besar dan sekutunya yang dipelopori oleh Sang Tuan berjaya juga menundukkan harimau-harimau muda yang lapar untuk dijadikan tunggangannya. Dengan suapan daging merah yang masih berbau darah mengalir disambar terus oleh harimau-harimau muda yang kelaparan itu demi survival hidup masing-masing.

6. Episod Jatuh, Bangun, Jatuh dan MAYC Bangkit! [Chapter 3]


18 Ogos 2010 [8-18 mati]

AGM 7-31 dibantah oleh Geng AGM 9-26. ROY buat keputusan dan membatalkan AGM 7-31

10 Januari 2011 [1-10 mati]

AGM 9-26 dibantah oleh Geng AGM 7-31. ROY buat keputusan dan membatalkan AGM 9-26

11 Januari 2011 Hingga 31 Oktober 2011

9++ bulan MAYC Kebangsaan menjadi “lang mensi lang, kui mensi kui”

1 November 2011 [11-1 hidup semula]

Solusi untuk MAYC Kebangsaan akhirnya diputuskan oleh YB Menteri Belia dan Sukan. AGM 9-26 diisytiharkan sah dengan syarat JK MAYC Kebangsaan 9-26 hendaklah [dengan semangat penyatuan mayc] melaksanakan AGM MAYC [untuk memilih JK MAYC Kebangsaan] selewat-lewatnya 31 Mac 2012. Kegagalan mematuhi syarat tersebut, wujudtubuh MAYC akan dibatalkan pendaftarannya.

JK MAYC Kebangsaan merayu untuk untuk melanjutkan tempoh tersebut.

YB menerima rayuan JK MAYC Kebangsaan untuk melanjutkan tempoh tersebut dan secara finale-nya menetapkan tarikh akhir 7.7.2012 untuk dilaksanakan AGM MAYC Kebangsaan bagi memilih JK MAYC Kebangsaan yang baru.  

7 Julai 2012 – 7.7.2012 [CERITERA 77]

Mesyuarat Agung MAYC Kebangsaan Tahunan 2012.

7. Bangkitlah MAYC dengan Semangat BERSATU MAJU

Demikianlah Ceritera 77.

No comments:

Post a Comment