Monday, July 9, 2012

Mayc Sudah Mati? [Bahagian 2]

2. MAYC Pasca Millenium – Pergolakan Dalaman 

Hujung Alaf Kedua

Tercatat kemelut perang dingin dalaman organisasi yang terlihat jua bercampur baur nada politik arus perdana berlakunya transformasi kepemimpinan MAYC secara skala sederhana besar. 

Kem-kem dalam organisasi induk MAYC mula terbentuk secara tersusun dan sifatnya sebagai sebuah organisasi badan gabungan mula hilang arah. MAYC secara terancang dilihat mulai menjadi suatu badan induk yang bercawangan. 

Kelab-kelab gabungan pula sifatnya menjadi cawangan dan semakin hilang sifatnya sebagai badan yang bergabung.

Awal Alaf Ketiga – MAYC Bukan NGO Belia, MAYC adalah Sayap Politik Kepartian

Terlihat sangat betapa kuatnya pengaruh politik arus perdana menjadi petunjuk arah kepada bentuk kepemimpinan baru MAYC. 

Atas: Boucer dan Rela menjadi jurucakap pihak Mustafa dan Hasri (kini "Presiden MAYC") untuk menghalau Perwakilan MAYC yang sah  keluar dari Wisma Belia
Sifatnya sebagai badan gabungan kelab-kelab belia semakin menjadi tidak realistik kerana menjadi semakin rancak percaturan politik kepemimpinan oragnisasinya bermula di perinkat induk hinggalah barah budaya tersebut secra halus menular ke peringkat cawangan negeri dan seterusnya mencorak conteng ke cawangan daerah (kini cawangan kawasan).

Pasca Suku Pertama, Dekad Pertama, Alaf Ketiga – Zaman Gelap MAYC

Sifat MAYC Kebangsaan sebagai organisasi induk sebuah badan gabungan sirna. Cawangan MAYC Negeri kini berdiri sebagai bebas ikatan induknya. MAYC Negeri mula mensifatkan dirinya sebagai induk tersendiri. 

Cawangan MAYC Kawasan hanya ada dalam catatan sijil. Hidupnya segan dan matinya tidak. Jika ada Cawangan MAYC Kawasan yang gagah gigih ianya pun mensifatkan dirinya sebagai induk tersendiri. 

Kelab-kelab Gabungan pula banyak yang wujud secara maya tanpa sijil pendaftran. Jika ada yang aktif dan sah pendafatrannya mula menceraikan badannya dari induk MAYC. 

Gerakan belia tempatan (di bandar, pekan dan kampung) yang mula tumbuh dan berdaftar (walaupun tahu adanya MAYC) mula tidak hairan untuk menjadi ahli MAYC kerana dilihat tiada keuntungan pun menjadi ahlinya. 

Gerakan belia tempatan lebih selesa untuk menjadi badan gabungan Majlis Belia Daerah. Parahnya, dan hakikinya, gerak belia tempatan yang baru tumbuh itu juga tak tahu pun apakah itu MAYC dan yang paling tepat, mereka tak tahu pun pernah wujudnya sebuahnya badan gabungan untuk organisasi belia tempatan yang dinamai MAYC itu.

Paling haru, ramai belia ketika zaman gelap ini, yang bila menyebut MAYC, tersebut dimulut menjadi YMCA dan juga bila disebutkan kepadanya MAYC difahami sebagai YMCA . Ramai juga belia turut hadir dan menyertai program anjuran MAYC,  namun mereka enggan mahu tahu apakah maksud akronim itu. 

No comments:

Post a Comment