Monday, July 9, 2012

Mayc Sudah Mati? [Bahagian1]

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KEBANGSAAN 2012

1. Prakata Awal

1955-2005

Tertubuhnya suatu badan gabungan kelab-kelab belia di Malaysia yang dinamakan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (PKBM) yang dikenali umum sebagai MAYC. 

Tegar wujud dan teguhnya organisasi MAYC ialah pada jumlah keahlian dan keaktifan ahli-ahlinya (iaitu kelab-kelab gabungannya). 

60 tahun liku perjalanan organisasinya telah melahirkan ribuan pemimpin negara, pemimpin politik, pemimpin masyarakat, pemimpin kebudayaan dan pemimpin organisasi belia yang lain. 

KBS, Belia 4B, ABIM, GBB, MBF

MAYC punya sejarah kuat dalam arus pergerakan belia Malaysia kerana dari gerak getar arus perjuangan belia MAYC dan rancak riak ahli gabungannya maka tercetus dan lahirnya suatu Kementerian baru di dalam Kabinet Malaysia iaitu Kementerian Kebudayan, Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan Sukan - KBS

Di atas premis yang sama juga tercipta lahir wujud dan/atau bantu terbina organisasi belia yang lain iaitu Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia (Belia 4B), Gerakan Belia Bersatu, (juga) merancak pertumbuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), seterusnya menjadi sebab (tertubuhnya) Majlis Belia Felda.

MBM, MBN, MBD

MAYC (kerana ianya sebuah badan gabungan kelab-kelab belia), ianya menjadi pemangkin penubuhan Majlis Belia Negeri di setiap negeri dan Majlis Belia Daerah/Kawasan (kerana keaktifan kelab-kelab belia gabungan MAYC). 

Ku Iskandar mengumumkan sedang menantikan maklum balas pihak Mustafa berkenaan kompromi
Walaupun ketika itu MAYC keluar sebagai badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), MAYC terus menjamin MBM kekal sebagai Badan Belia Bukan Kerajaan (NGYO) dan terselamatnya MBM menjadi organisasi separuh Kerajaan (partly GO) seperti Majlis Kebudayaan, Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan.


No comments:

Post a Comment